awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO hantar surat tunjuk sebab kepada ibu Dyana Sofya kali kedua

Bernama
Bernama
20/06/2014
13:18 MYT
UMNO hantar surat tunjuk sebab kepada ibu Dyana Sofya kali kedua
Yammy (kanan) didakwa berkempen untuk anaknya, Dyana Sofya (kiri) pada kempen PRK Teluk Intan. --FotoBERNAMA
UMNO menghantar semula surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat, ibu calon DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofia Mohd Daud, selepas surat pertama dipulangkan oleh Pos Malaysia Berhad kerana salah alamat.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berikutan itu, tempoh 14 hari bagi Yammy menjawab surat berkenaan yang tamat pada Isnin lepas, akan disambung selama dua minggu lagi.
"Saya difahamkan surat yang kita hantar dipulangkan kerana alamat yang diberi adalah salah.
"Jadi, kita dapat alamat yang baharu...kita hantar balik kepada dia. Kita beri 14 hari lagi (kepada Yammy)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan pusat beli-belah Avenue K di sini, pada Khamis.
Turut hadir Pengerusi Avenue K Tan Sri Yap Yong Seong.
Pada 3 Jun lepas, UMNO telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anaknya dalam PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei itu.
Pada PRK itu, Dyana Sofia, 27, tewas kepada calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong, 53, dengan majoriti 238 undi.
Topic Berkaitan
#DAP
#Dyana Sofya
#PRK Teluk Intan
#UMNO
#Yammy Samat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan