KUALA LUMPUR: UMNO hari ini melancarkan Tabung Pendidikan Melayu bertujuan membantu pelajar yang memerlukan untuk melanjutkan pelajaran.
Pelancarannya disempurnakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa Taklimat Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.
Pada perasmian itu, Ahmad Zahid dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan masing-masing menyumbang RM5,000 dan RM3,000 bagi tabung tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata bantuan yang akan disalurkan menerusi tabung berkenaan, tidak hanya terhad kepada ahli UMNO malah terbuka kepada mana-mana pelajar Melayu dan bumiputera yang memerlukan.
"Tabung Pendidikan Melayu digagaskan ideanya oleh Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang lepas.
"...ia bagi membantu anak-anak Melayu yang memerlukan bantuan, contohnya (pelajar) yang menghadapi musibah atau tragedi secara sekali beri atau yang mahu melanjutkan pelajaran tetapi bermasalah untuk membayar wang pendahuluan," katanya kepada media selepas Taklimat Presiden itu.
Pengerusi MARA itu turut berkata tabung berkenaan akan diaudit oleh pihak yang bertauliah, bagi memastikan ketelusan penyampaian bantuan terbabit dan akan dibentangkan secara terbuka kepada semua pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa Taklimat Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini. - Bernama

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.
Pertemuan Speaker: Keterjaminan makanan, perubahan iklim antara topik perbincangan
Mesyuarat melibatkan dua negara itu adalah merupakan langkah berterusan Parlimen Malaysia dalam meningkatkan kerjasama pelbagai hala antara Parlimen di negara Asia Tenggara.
Kumpul berjuta pensel, dinding kedai umpama lukisan berwarna-warni
Menurut al-Mandalawi, sejak muda dia menggunakan wang gajinya untuk membeli pensel dan kini berusia 56 tahun, tidak hairanlah koleksinya kini sudah berjuta.
Konflik Rusia-Ukraine: 85 bilion Euro bantuan termasuk ketenteraan kepada Ukraine
Kesatuan Eropah telah menyalurkan bantuan bernilai 85 bilion Euro kepada Ukraine sejak konflik Rusia-Ukraine bermula pada Februari tahun lalu.

UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu bantu pelajar memerlukan
Pelancarannya disempurnakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa Taklimat Presiden di Dewan Merdeka, WTCKL hari ini.