awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Melaka bantu PRN Negeri Sembilan

Sinar Harian
Sinar Harian
04/07/2023
02:35 MYT
UMNO Melaka bantu PRN Negeri Sembilan
Ab Rauf berkata, bantuan itu akan diberikan mengikut Parlimen dalam Negeri Sembilan seperti Parlimen Rembau, Parlimen Tampin dan Parlimen Port Dickson. - Gambar fail
MELAKA: UMNO Melaka bersedia memberikan bantuan jentera pilihan raya kepada Negeri Sembilan dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang akan diberikan bantuan terutama lokasi sempadan di antara Melaka dengan Negeri Sembilan.
Menurut beliau, bantuan itu akan diberikan mengikut Parlimen dalam negeri itu seperti Parlimen Rembau, Parlimen Tampin dan Parlimen Port Dickson (PD).
"Semua kawasan dijaga adalah yang bersempadan di antara Melaka dan Negeri Sembilan.
"Saya tak dapat maklumat terperinci kerusi DUN berapa, tapi kita akan jaga kawasan-kawasan sempadan iaitu Rembau, Tampin, Gemenceh Linggi, PD, Teluk Kemang dan Seremban," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan lokasi pelaksanaan inisiatif 'No Right Turn' dan keadaan trafik di Persimpangan Stadium Hang Jebat, Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput- Ayer Keroh (SPA) di sini, pada Selasa.
Beliau yang juga Ketua Menteri, berkata, Melaka akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti bagi melarang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti pada sidang DUN yang akan berlangsung pada akhir bulan ini.
Ujar beliau, keputusan itu selari dengan tindakan Dewan Rakyat di peringkat Parlimen yang telah meluluskan RUU itu pada Julai tahun lalu.
"Kita akan membentangkan Akta (Anti) Lompat Parti seperti mana yang telah diputuskan di peringkat Parlimen dan pucuk pimpinan parti, seperti sebelum ini.
"Melaka pun kita akan ambil langkah sama untuk RUU itu dibentangkan dalam sidang DUN akan datang," katanya lagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#UMNO Melaka
#PRN Negeri Sembilan
#Ab Rauf Yusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan