awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi lewat setakat Dis 2025 - Fadillah
Ringgit dijangka meningkat kepada 3.94 berbanding dolar AS menjelang akhir 2026 - AmBank
FAM nafi AFC ambil alih pentadbiran susulan dakwaan peletakan jawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO mohon titah tahanan rumah Najib dilaksana ikut Perlembagaan - Asyraf Wajdi

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
11/07/2025
01:10 MYT
UMNO mohon titah tahanan rumah Najib dilaksana ikut Perlembagaan - Asyraf Wajdi
UMNO bersyukur atas pengesahan kewujudan Titah Addendum oleh Peguam Negara, yang memperakui arahan penahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: UMNO hari ini menyatakan kesyukuran atas pengesahan kewujudan Titah Addendum oleh Peguam Negara, yang memperakui arahan penahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu menjunjung kasih dan merafak sembah memohon ihsan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar titah tersebut dapat dilaksanakan selaras dengan kuasa mutlak baginda di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.
“UMNO merafak sembah memohon ampun dan ihsan kepada Seri Paduka Baginda agar titah tahanan rumah tersebut dapat dilaksanakan,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Dalam masa sama, Asyraf Wajdi menzahirkan harapan agar dengan limpah kurnia Seri Paduka Baginda, Najib dapat menikmati keringanan hukuman yang telah tertunda lebih setahun lalu.
“Daulat Tuanku,” katanya ringkas menutup kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Titah Adendum
#tahanan rumah Najib
#UMNO
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan