awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
Kedutaan nasihatkan rakyat Malaysia elak kawasan sempadan
[TERKINI] Najib bersalah 21 kes AMLA dana 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Sabah gerak seluruh negara jika Musa Aman tanding Naib Presiden

Bernama
Bernama
13/08/2013
23:00 MYT
UMNO Sabah gerak seluruh negara jika Musa Aman tanding Naib Presiden
UMNO Sabah sedia menggerakkan jentera ke seluruh negara sekiranya Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman memutuskan untuk bertanding naib presiden UMNO pada pemilihan parti Oktober depan.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Yahya Hussin berkata beliau yakin dengan sokongan padu dan solidariti UMNO Sabah terhadap Musa, kejayaan cemerlang mampu diperolehi.
Yahya yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata setakat ini lebih 20 bahagian UMNO Sabah telah secara terbuka menyatakan sokongan penuh kepada Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk bertanding jawatan tersebut.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Yahya berkata dua penggal bertanding sebagai Majlis Tertinggi UMNO, Musa berjaya menduduki antara tiga tempat teratas.
Musa juga dengan cemerlang memimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah dalam tiga Pilihan Raya Umum (2004/2008/2013) dengan kemenangan yang selesa, sekaligus menyumbang kepada BN untuk terus mengekalkan kerajaan pusat.
Topic Berkaitan
#Musa Aman
#Naib Presiden
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan