UMNO sah akan menghantar wakil bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa hari ini.

Katanya, keputusan dicapai menerusi perbincangan antara BN, Muafakat Nasional dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"BN, Muafakat Nasional dan Bersatu sepakat calonkan wakil UMNO tandingi kerusi DUN Slim," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya lagi, penentuan mengenai calon yang bakal mewakili UMNO bagi PRK itu akan dilakukan pada Ahad ini, manakala pengumuman rasmi akan dilakukan pada 12 Ogos nanti.

Sebelum ini, media melaporkan Perikatan Nasional (PN) negeri Perak sepakat memberi laluan kepada calon daripada UMNO untuk bertanding pada PRK DUN Slim yang akan diadakan pada 29 Ogos.

Keputusan itu dinyatakan sendiri Pengerusi Bersatu Perak merangkap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

BERITA LANJUT MENYUSUL