MALAYSIA
UMNO tidak tolak pembangunan bandar, tapi mahu RUU URA terus diperhalus
UMNO menegaskan tidak tolak pembangunan bandar, namun mahu Rang Undang‑Undang Pembaharuan Semula Bandar (URA) diperhalus dan ditambah baik demi kepentingan rakyat. - Bernama
KUALA LUMPUR: UMNO tetap tegas dengan pendirian untuk tidak menentang sebarang pembangunan bandar.
Ringkasan AI
Namun, Setiausaha Agung parti itu, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, UMNO berpandangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (URA) 2025 perlu diperbaiki dan ditambah baik
Dalam satu kenyataan pada Jumaat beliau berkata, beberapa pindaan perlu diperhalus sebagaimana cadangan Jawatankuasa Khas UMNO Mengenai URA yang dipengerusikan oleh Naib Presidennya Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata, jawatankuasa khas tersebut telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar pada 3 Oktober 2025 lalu.
Susulan itu, UMNO bersetuju untuk meluluskan 14 syor cadangan bagi penambahbaikan rang undang-undang tersebut.
Tegasnya lagi, UMNO berpandangan bahawa RUU URA hanya wajar dibentangkan semula di Parlimen dalam bentuk baharu setelah semua cadangan penambahbaikan diambil kira.
Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri yang menarik balik RUU tersebut daripada jadual pembentangan.
Awal hari ini, Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk Ahli-ahli Parlimen dan UMNO.
Ringkasan AI
- UMNO tetap tegas menentang pembangunan bandar tanpa memerhati Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (URA) 2025.
- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan keperluan untuk memperbaiki dan menambah baik URA 2025.
- UMNO bersetuju untuk meluluskan 14 syor cadangan bagi penambahbaikan URA sebelum RUU tersebut dibentangkan semula di Parlimen.