MALAYSIA

UMNO wujud jawatankuasa khas penambahbaikan

Harris Hardy Hakim 22/11/2013 | 02:59 MYT
UMNO mewujudkan 2 jawatankuasa khas bagi meneliti penambahbaikan dan bantahan berkaitan proses pemilihan parti itu yang berlangsung Oktober lalu.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan pembentukan jawatankuasa itu dibuat bagi memastikan transformasi yang mahu dilaksanakan berjalan dengan baik di masa depan.

Najib mengumumkan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan akan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddon Yassin.

Manakala Jawatankuasa Khas Bantahan, dipengerusikan Tan Sri Azmi Khalid.

Najib membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Kuala Lumpur.
#Jawatankuasa Khas Penambahbaikan #mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO #Najib Tun Razak #UMNO