Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak akan minta maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana perselisihan faham antara mereka bukan menyentuh soal peribadi tetapi semata-mata atas dasar prinsip.
"Apa yang telah saya sentuh selama ini yang menyentuh soal kepimpinan adalah soal prinsip," katanya kepada wartawan pada Sabtu.
Muhyiddin mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien yang menyarankan agar beliau dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memohon maaf kepada Presiden UMNO.
"Saya dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal senada bahawa tiada keperluan berbuat sedemikian.
"Saya telah menjelaskan perkara itu berkali-kali dan saya tidak fikir kenyataan saya itu menyalahi ataupun tidak selari dengan tujuan dan semangat perjuangan UMNO," jelasnya.
Muhyiddin lantang mempersoalkan cara Najib yang juga Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mengendalikan isu 1MDB sehingga membawa kepada penggugurannya daripada kabinet.
Dalam satu ucapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada Isnin lepas, Muhyiddin mencadangkan supaya Najib bercuti sementara menunggu siasatan pihak berkuasa ke atas isu 1MDB selesai.
Shafie dalam satu pertemuan berasingan dengan wartawan turut menyatakan pendirian yang sama tidak perlu minta maaf kepada Najib malah mengaku menganggap presiden UMNO itu sebagai abang sendiri.
Menurut Muhyiddin, semua persoalan yang beliau bangkitkan sebelum ini adalah kerana rasa cintanya kepada UMNO dan harapannya agar parti itu terus mendapat kepercayaan rakyat.
"Sebab itu bagi saya tidak ada sebab yang munasabah yang memerlukan saya memohon maaf kepada sesiapa," katanya yang akan terus berada di sepanjang perhimpunan itu berlangsung sehingga selesai pada Sabtu.
Tambah Muhyiddin, beliau akan terus bersama UMNO dan berharap agar kenyataan terbaru beliau itu tidak disalah ertikan mana-mana pihak.
Bekas ahli UMNO, Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini menyarankan supaya Muhyiddin keluar daripada UMNO dan meneruskan perjuangan politiknya bersama Parti Keadilan Rakyat.
Astro Awani
Sat Dec 12 2015
MUHYIDDIN: Apa yang telah saya sentuh selama ini yang menyentuh soal kepimpinan adalah soal prinsip.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
Tindakan Anwar berang di luar karakter, PM sekali lagi mohon maaf - Fahmi
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memohon maaf kepada Jemaah Menteri susulan tindakannya melepaskan kemarahan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara.
AGC masih teliti representasi kedua Muhammad Sanusi, perbicaraan ditunda 10 Disember
Jabatan Peguam Negara (AGC) masih meneliti representasi kedua dikemukakan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi menggugurkan dua pertuduhan menghasut.
"Mohon maaf jika menggores hati orang" - Ebby Yus dedah keadaan kesihatan semakin merosot
Sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan, Ebby Yus memberitahu keadaan kesihatannya kini semakin merosot.
Skandal 1MDB: Najib buat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia
Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung skandal yang melibatkan 1MDB semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Andik Vermansyah kasari pemain lawan, mohon maaf atas tindakan
Andik telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas perbuatannya itu.
Nahas tiga pelajar: UiTM bantu atur pertemuan
Pihak pengurusan UiTM cawangan Terengganu akan membantu mengatur pertemuan antara keluarga suspek dengan keluarga tiga pelajar yang terkorban dalam kemalangan Rabu lepas.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
King Sing tuntut Ketua Pemuda UMNO Johor mohon maaf
PDP menuntut Ketua Pemuda UMNO Johor memohon maaf atas dakwaan kononnya peratusan keluar mengundi masyarakat Cina pada PRK Mahkota cuma antara 34 hingga 36 peratus.
Sempat mohon maaf pada ibu, lelaki maut terjatuh perigi
Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam perigi dianggar sedalam hampir lima meter berdekatan rumahnya di Kampung Nesa, Skudai..