awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMS ke-44 terbaik dunia dalam senarai UI-GreenMetric

Hilal Azmi
Hilal Azmi
30/12/2016
13:47 MYT
UMS ke-44 terbaik dunia dalam senarai UI-GreenMetric
Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih kedudukan ke-44 terbaik dunia dalam UI-GreenMetric World University Ranking 2016. - Gambar fail
Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih kedudukan ke-44 terbaik dunia dalam UI-GreenMetric World University Ranking 2016 berdasarkan senarai kedudukan terkini yang diumumkan pada Rabu.
Kedudukan itu melonjakkan UMS 129 anak tangga berbanding kedudukan 173 pada tahun 2015, serta memantapkan kedudukannya di peringkat Asia di kedudukan keenam berbanding 66 pada tahun sebelumnya.
Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, dengan kedudukan ini, UMS kini di tangga kedua terbaik di Malaysia berbanding kedudukan ketujuh tahun lalu.
"Pengukuran bagi penarafan itu membabitkan enam kategori utama iaitu infrastruktur (15 peratus), tenaga dan perubahan cuaca (21 peratus), sisa buangan (18 peratus), penggunaan air (10 peratus), pengangkutan (18 peratus) dan pendidikan (18 peratus), iaitu sesuatu pengukuran penarafan pada kampus 'paling hijau' serta mesra alam di dunia.
"Kejayaan ini hasil komitmen mempelbagaikan usaha terhadap agenda EcoCampus di UMS berdasarkan Pelan Tindakan EcoCampus yang dilancarkan sejak tahun 2013.
"Pada tahun ini, UMS melancarkan EcoCampus Visitor Information Centre (EVIC) bersama pakej Eko Pelancongan UMS sebagai antara usaha mendidik masyarakat terhadap kelestarian dan pengurusan alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#Mohd Harun Abdullah
#UI-GreenMetric World University Ranking
#UMS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan