MALAYSIA
UMS selaras tarikh baharu konvokesyen ke-27 susulan PRN Sabah 29 Nov
UMS kini sedang menyelaras tarikh baharu bagi Majlis Konvokesyen ke-27 susulan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijadualkan pada 29 Nov ini. - Gambar fail/Facebook UMS
KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini sedang menyelaras tarikh baharu bagi Majlis Konvokesyen ke-27 susulan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijadualkan pada 29 Nov ini.
Pusat Komunikasi Korporat UMS dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil bagi menghormati dan memberi ruang kepada warga universiti, graduan serta masyarakat untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.
"Maklumat terkini mengenai tarikh baharu dan atur cara Majlis Konvokesyen UMS ke-27 akan dimaklumkan secara rasmi melalui laman sesawang universiti serta platform media sosial rasmi UMS," menurut kenyataan itu.
UMS juga menghargai kesabaran semua pihak berhubung perkara ini, sambil menegaskan komitmen untuk memastikan majlis konvokesyen berlangsung dalam suasana terbaik, harmoni dan bermakna bagi para graduan serta ahli keluarga mereka.
SPR menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Sabah pada 15 Nov, manakala undi awal berlangsung 25 Nov dan tarikh mengundi pada 29 Nov.
-- BERNAMA