awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Uncle... mana mummy?' - Anak Bella

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2024
08:11 MYT
'Uncle... mana mummy?' - Anak Bella
Mohammad Haikal diiringi anggota polis hadir ke mahkamah bagi sebutan pertuduhan membunuh ibu tunggal, Mila Sharmila. - Gambar/ Sinar Harian
BATU PAHAT: Suasana di pekarangan Kompleks Mahkamah Batu Pahat bertukar hiba selepas anak kepada Bella atau Mila Sharmila Samsusah, 32 bertanya di mana ibunya.
"Uncle, mana mummy?, itu reaksi Eusuf Abdul Fatah, 5 yang didengar selepas tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24 dibawa keluar dari kamar Mahkamah Majistret Batu Pahat, bagi sebutan semula kes tuduhan membunuh wanita itu, pada Disember tahun lalu.
Eusuf hadir ke mahkamah ditemani ahli keluarga termasuk kakak Bella, Norhisham, 36, dan juga bapa saudara, Nor Azhar Jamil, 55.
Sementara itu, Norhisham atau lebih mesra disapa Ayu tidak dapat menahan kesedihan mengenangkan kerinduan Eusuf terhadap ibunya.
"Saya terperanjat bila Eusuf ajukan soalan itu. Eusuf selalu bertanyakan 'mummy' mana?, Saya beritahu 'umi bawa awak jumpa uncle' nanti awak tanyalah dia.
"Jadi bila Eusuf tanya begitu secara spontan kepada Mohammad Haikal, keadaan jadi sayu," ujarnya ketika ditemui selepas prosiding sebutan semula kes pembunuhan Bella di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pada Isnin.
Ditanya mengenai Ramadan, Ayu menjelaskan ketiadaan Bella membuatkan Ramadan kali ini agak sedih buat keluarganya.
"Biasanya pada Ramadan pertama kami sekeluarga berkumpul untuk berbuka bersama, tetapi perasaan itu kini kosong malah tiada sebarang perancangan," katanya.
Selain Eusof, Bella mempunyai seorang lagi anak perempuan, Maream Isabel, 3, yang kini dalam jagaan neneknya, Noraini Salleh, 55. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes bunuh Bella
#Eusuf Abdul Fatah
#Norhisham Samsusah
#Mila Sharmila Samsusah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan