awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang anti-Ali Baba akan diperkenal - Rafizi

Sinar Harian
Sinar Harian
15/07/2023
03:38 MYT
Undang-undang anti-Ali Baba akan diperkenal - Rafizi
Ujar Rafizi, menghapuskan budaya Ali Baba dalam sektor ekonomi tidak boleh sekadar cakap kosong tetapi perlu ada tindakan segera. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Kerajaan akan memperkenalkan undang-undang anti-Ali Baba sebagai langkah pengharaman budaya itu dalam sektor ekonomi negara.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, negara dianggarkan mengalami kerugian sekitar RM17 bilion hingga RM18 bilion kerana amalan tersebut.
Katanya, ini kerana terdapat perniagaan yang dimiliki oleh rakyat tempatan tetapi disewakan kepada warga asing selain pembinaan projek menjadi mahal ekoran ada pihak yang mengambil persen.
"Bina projek sepatutnya harga murah tapi sebaliknya berlaku. Cerita pasal budaya Ali Baba dalam ekonomi kita memang macam-macam.
"Kita kena hentikan amalan ini kerana ia boleh menjadi punca kepada rasuah dan ketirisan. Sebab itu, pandangan saya menangani budaya Ali Baba perlukan penyelesaian menyeluruh dan berstruktur," ujarnya menerusi laman Twitter pada Sabtu.
Menghapuskan budaya Ali Baba dalam sektor ekonomi tidak boleh sekadar cakap kosong tetapi perlu ada tindakan segera. Kita dianggarkan telah rugi sebanyak sekitar RM17 hingga RM18 bilion kerana budaya Ali Baba ini. Cerita pasal budaya Ali Baba dalam ekonomi kita memang pic.twitter.com/hwFhgCRLYh
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) July 14, 2023
Tambah beliau, menghapuskan budaya Ali Baba dalam sektor ekonomi tidak boleh sekadar cakap kosong tetapi perlu ada tindakan segera.
"Oleh itu, harapan saya dengan kerangka undang-undang ini, kita dapat selesaikan salah satu ketempangan utama ekonomi negara," jelasnya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ali Baba
#Rafizi Ramli
#undang-undang anti-Ali Baba
#kerugian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan