awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi 18: Kenyataan SPR timbul tanda tanya - Khairy

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
26/03/2021
11:00 MYT
Undi 18: Kenyataan SPR timbul tanda tanya - Khairy
Khairy Jamaluddin sifatkan alasan Perintah Kawalan Pergerakan sekali gus menjejaskan perancangan dan persiapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak munasabah dan menimbulkan pelbagai persoalan. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menzahirkan rasa kecewa dengan keputusan penundaan pelaksanaan Undi18 selepas 1 September 2022.
Beliau menyifatkan alasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali gus menjejaskan perancangan dan persiapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak munasabah dan menimbulkan pelbagai persoalan.
“Kenyataan SPR berkenaan gerak kerja bagi tujuan libat urus bersama parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) juga menimbulkan tanda tanya.
“SPR seharusnya memberi penjelasan lanjut berkenaan program libat urus ini memandangkan proses ini bukan lagi perkara berbangkit kerana Undi18 ini telahpun dipersetujui di peringkat tertinggi proses membuat undang-undang dalam negara ini iaitu Parlimen Malaysia.
“Proses libat urus juga sepatutnya boleh berlangsung sepanjang masa tanpa sedikitpun perlu menjejaskan tempoh masa yang telah diumumkan sebelum ini,” jelas beliau.
BACA: Undi18, daftar pemilih automatik tidak sempat dilaksana tahun ini - SPR
BACA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, "Alasan SPR tidak masuk akal, MUDA ambil tindakan mahkamah"
BACA: Mas Ermieyati, "Kelewatan pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 mengecewakan banyak pihak"
BACA: Asyraf Wajdi, "Beri alasan munasabah atau letak jawatan"
BACA: Datuk Saifuddin Abdullah, "Undi18 dan pendaftaran pemilih automatik sebaiknya disegerakan"
Selain itu, Khairy menambah, penurunan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta pendaftaran automatik bukanlah hasrat kerajaan terdahulu semata-mata.
Undi18 | Kenyataan SPR timbulkan tanda tanya - Khairy
“Penurunan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta pendaftaran automatik bukanlah hasrat kerajaan terdahulu semata-mata.
“Malah ia telah mendapat persetujuan kesemua parti politik termasuklah menerusi Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang telah membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan dua pertiga majoriti Dewan,” ujar Ahli Parlimen Rembau itu lagi.
SPR | Undi18, daftar pemilih automatik tidak sempat 2021
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Dewan Rakyat
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#NGO
#Parlimen
#pilihan raya
#politik
#kerajaan
#rakyat
#menteri
#undang-undang
#Sains
#Malaysia
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Undi18
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan