awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi18: Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) bermula 1 Oktober - SPR

Astro Awani
Astro Awani
29/09/2021
06:30 MYT
Undi18: Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) bermula 1 Oktober - SPR
SPR menyeru kepada 5.8 juta bakal pemilih berumur 18 tahun dan ke atas untuk menyemak dan mengesahkan maklumat mereka dengan SPR. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh menyemak, mengesahkan maklumat dan membuat aduan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum didaftar sebagai pemilih secara automatik.
Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia seiring proses Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) yang akan diadakan pada 1 sehingga 31 Oktober depan.
"SPR menyeru kepada 5.8 juta bakal pemilih berumur 18 tahun dan ke atas untuk menyemak dan mengesahkan maklumat mereka dengan SPR.
"Sekiranya bakal pemilih tidak lagi tinggal di alamat yang dipaparkan, bakal pemilih dinasihatkan untuk mengemas kini alamat kad pengenalan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, SPR akan mempamerkan maklumat bagi sejumlah 5.8 juta bakal pemilih dan memberi peluang kepada mereka untuk menyemak dan mengesahkan rekod dengan SPR.
Urusan Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) boleh dibuat melalui dua kaedah berikut:
(a) Membuat semakan menggunakan aplikasi MySPR SPPA di pautan https://mysprsppa.spr.gov.my; atau
(b) Hadir ke 604 tempat semakan SPPA di seluruh negara dan mengimbas Kod QR Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai SPPA ini, orang ramai boleh hubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau layari portal www.spr.gov.my.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Undi18
#Pendaftaran Pemilih
#pengundi pilihan raya
#Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan