Undian: Adakah kos menjadi faktor utama dalam menentukan kemeriahan perayaan anda?

Astro Awani
Januari 23, 2014 07:57 MYT
Tahun Baharu Cina bakal tiba seminggu sahaja lagi.
Namun kenaikan harga beberapa bahan bagi hidangan wajib menjadikan masyarakat Cina terpaksa akur dengan keadaan itu.
Paling ketara adalah harga limau mandarin yang dijangka akan naik antara 20 hingga 35 peratus tahun ini berbanding tahun lepas.
Menurut setiausaha Persatuan Pemborong Buah-Buahan KL, David Tey, harga limau mandarin tahun ini meningkat kerana permintaan tempatan yang semakin meningkat di negara China dan kos buruh yang lebih tinggi di sana.
#kenaikan harga barang #limau mandarin #perayaan #poll #Tahun Baharu Cina