Majoriti mahu Datuk Bung Mokhtar Radin untuk menarik balik tweet yang telah disiarkan, menurut hasil undian yang dilakukan di AstroAwani.com susulan permohonan maaf Bung Mokhtar berhubung kenyataan "Hidup Hitler" yang dibuat oleh beliau.
73 peratus mahu Bung Mokhtar untuk menarik balik tweet yang telah disiarkan. 10.7 peratus yang lain mahu “lupakan dan biarkan sahaja”.
10 peratus mahu Bung Mokhtar untuk berjenaka secara sinis kepada pengikut Twitternya. Hanya 6 peratus sahaja berkata beliau tidak perlu buat apa-apa.
Bung Mokhtar mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan pasukan Jerman yang membelasah Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir bolasepak Piala Dunia 2014 awal pagi Rabu dengan Adolf Hitler.
Kenyataan itu agak tidak disenangi oleh banyak pengguna Twitter yang merasakan kenyataan itu sebagai mencerminkan tahap pemikiran beliau sendiri.
Hitler memimpin Nazi antara 1933 hingga 1945 dan bertanggungjawab ke atas pembunuhan jutaan orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.
Bung Mokhtar menjadi ahli parlimen sejak 1999. Ini bukan kali pertama kenyataannya mencetuskan kontroversi. Beliau sebelum ini dikecam kerana membuat kenyataan kurang sensitif tentang wanita, perkauman dan beberapa hal lain.
Astro Awani
Fri Jul 11 2014
Tweet 'Hidup Hilter' oleh Bung Mokhtar mencetuskan kontroversi dan beliau telahpun meminta maaf. -Gambar Fail
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Presiden Brazil bandingkan serangan Israel ke atas Gaza dengan tindakan holokus oleh Hitler
Israel akan panggil duta Brazil untuk menegur kenyataan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva yang disifatkan 'melampaui batas.'
Aligator dipercayai peliharaan Hitler mati pada usia 84 tahun
Saturn dilahirkan di Mississippi, Amerika Syarikat (AS) sebelum dihantar ke zoo Berlin, Jerman.
'Aku berterima kasih kepada Hitler kerana Holocaust' - Alasan graduan buat simbol ala Nazi
Gambar graduan tersebut dengan gaya tabik hormat yang digunakan semasa zaman pemerintahan Adolf Hitler di Jerman itu kemudiannya dikongsikan ke dalam laman Facebook peribadinya sebelum dipadam.
Kalau Tun Mahathir 'diktator', bagaimana pula dengan 10 pemimpin ini?
Ini 10 profil diktator seluruh dunia yang kejam semasa era pemerintahannya sehingga mencipta sejarah moden.
Rekod perubatan sahkan Hitler cuma miliki satu buah zakar
Satu rekod perubatan penjara menunjukkan Adolf Hitler menghidap suatu penyakit yang menyebabkan testis tidak turun ke dalam skrotum.
Hitler itu mungkin ada benarnya
Mengapa kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?
Undian: Majoriti mahu Bung Mokhtar tarik balik tweet yang disiarkan
AstroAwani.com bertanya, apa yang perlu dilakukan oleh Bung Mokhtar susulan permohonan maaf beliau tentang kenyataan "Hidup Hitler"?
Mesej MCA kepada Bung Mokhtar
Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Ti Lian Ker mengulas komen Bung Mokhtar yang mengaitkan Adolf Hitler dengan pasukan bolasepak Jerman.
PM patut gesa Bung Mokhtar letak jawatan, kata Ong Kian Ming
Ahli Parlimen Serdang itu membuat gesaan berhubung kenyataan kontroversi Bung Mokhtar Radin mengaitkan pasukan Jerman dengan Adolf Hitler.
Bung Mokhtar buat hal lagi
Datuk Bung Mokhtar Radin mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan pasukan Jerman yang membelasah Brazil 7-1 awal pagi tadi dengan Adolf Hitler.