awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia

Bernama
Bernama
15/04/2024
22:15 MYT
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Menurut kenyataan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, kerjasama dengan UNDP merangkumi sistem Jawatankuasa Pilihan Khas, pengukuhan institusi legislatif, pembinaan kapasiti dan pembangunan belia hingga 2025. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bersetuju untuk memperbaharui kerjasama susulan kejayaan usaha sama antara kedua-dua pihak sejak 2019 hingga 2023.
Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kerjasama tersebut merangkumi sistem Jawatankuasa Pilihan Khas di Dewan Rakyat, pengukuhan institusi legislatif, pembinaan kapasiti dan pembangunan belia hingga 2025.
"Pembaharuan kerjasama tersebut telah dibincangkan oleh Pentadbir Bersekutu UNDP Haoliang Xu yang mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul di Parlimen semasa lawatan beliau ke Malaysia semalam.
"Semasa kunjungan hormat itu, Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pengukuhan sistem tadbir urus dan pemerkasaan Parlimen serta isu alam sekitar, perubahan iklim, dan kemiskinan," menurut kenyataan tersebut.
UNDP merupakan sebuah badan yang menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan antarabangsa, serantau dan nasional dalam usahanya untuk mendukung pembangunan Malaysia.
Menurut kenyataan itu Xu dijadualkan bertemu Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong bermula semalam hingga 18 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#UNDP
#Parlimen
#Johari Abdul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan