UNESCO isytihar Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020

Umavathi Ramayah
April 23, 2020 06:55 MYT
DENISON: Kuala Lumpur dipilih kerana fokus yang tinggi terhadap pendidikan yang inklusif, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan kebolehcapaian membaca kepada penduduknya. - Gambar hiasan
Malaysia melakar sejarah apabila Kuala Lumpur diiktirafkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia oleh Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
Koordinator program Lan Denison memberitahu, ibu negara Malaysia itu dipilih berikutan fokus yang kukuh terhadap pendidikan terangkum dalam pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan pembacaan yang boleh diakses oleh semua peringkat penduduk termasuk di bandar raya berkenaan.
"Kuala Lumpur dipilih kerana fokus yang tinggi terhadap pendidikan yang inklusif, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan kebolehcapaian membaca kepada penduduknya," katanya di sini pada Khamis.
Kuala Lumpur adalah bandar raya ke-20 yang memenangi gelaran itu sejak diperkenalkan pada 2001.
Antara pemenang anugerah itu adalah Madrid (2001), Alexandria (2002), New Delhi (2003), Anvers (2004), Montreal (2005), Turin (2006), Bogota (2007), Amsterdam (2008), Beirut (2009), Ljubljana (2010), Buenos Aires (2011), Erevan (2012), Bangkok (2013), Port Harcourt (2014), Incheon (2015), Wroclaw (2016), Conakry (2017), Sharjah (2019) dan Athens (2018).
Denison turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan atas pengiktirafan itu.
Katanya, sesungguhnya ketika penularan wabak pandemik yang menyerang dunia, industri penerbitan di Kuala Lumpur juga tidak terkecuali daripada terkena tempias kestabilan ekonomi.
Pun begitu katanya, UNESCO akan terus memberi sokongan kukuh kepada industri penerbitan di negara ini.
#Alexandria #Amsterdam #Anvers #beirut #Bogota #Buenos Aires #Erevan #Ibu Kota Buku Dunia #Kuala Lumpur #Lan Denison #Ljubljana #Madrid #Montreal #New Delhi #Turin #Unesco