awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNGA: PM perlu angkat kepentingan tatakelola global yang menyantuni negara-negara lemah - Ahli CCFP

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
21/09/2023
02:15 MYT
UNGA: PM perlu angkat kepentingan tatakelola global yang menyantuni negara-negara lemah - Ahli CCFP
Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan oleh Yusmadi Yusoff sebagai tokoh yang mempunyai karisma dan keberanian mengangkat isu kepentingan tatakelola global yang menyantuni negara-negara lemah UNGA. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri harus mengangkat isu kepentingan tatakelola global yang menyantuni negara-negara lemah semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA).
Ahli Majlis Perundingan Mangenai Dasar Luar Negeri (CCFP), Yusmadi Yusoff berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai karisma dan keberanian berbuat demikian, tinggal lagi harus menerima dokongan daripada negara-negara lain.
“Saya percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pandangan untuk memastikan negara-negara yang tidak seiring dengan negara maju yang lain terutamanya dalam menyantuni tatakelola dunia dalam isu perubahan iklim dan sebagainya.
“Saya melihat, tema yang selalu dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah tatakelola. Dunia juga harus sedia membantu negara-negara yang lemah terutamanya dari aspek ekonomi.
“Sebab itu, saya melihat agenda yang hendak diangkat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini perlu mendapat dokongan warga dunia.
"Antara perkara yang paling mudah adalah dengan mengangkat hujah bahawa dunia kini tidak lagi unipolar, bukan lagi dimonopoli oleh mana-mana blok,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Jelas Yusmadi, Perdana Menteri mempunyai kekuatan tersendiri untuk membangkitkan hal-hal sensitif di pentas antarabangsa kerana beliau mempunyai karisma dan hubungan erat dengan pimimpin dunia.
Beliau memberi contoh cadangan Anwar untuk menubuhkan Dana Kewangan Asia yang beliau sifatkan sebagai mengejutkan komuniti dunia kerana cadangan itu boleh menimbulkan pelbagai reaksi.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#UNGA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan