awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNGASS: Malaysia tegas kepentingan vaksin COVID-19

Bernama
Bernama
02/12/2020
12:59 MYT
UNGASS: Malaysia tegas kepentingan vaksin COVID-19
Hishammuddin akan membawa seruan Malaysia dalam memperkukuhkan solidariti antarabangsa bagi menangani krisis kesihatan, ekonomi dan sosial akibat wabak COVID-19. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR:Malaysia akan menegaskan kepentingan akses kepada vaksin COVID-19 secara adil dan pada harga berpatutan pada Sesi Khas ke-31 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGASS ke-31) mengenai wabak COVID-19 esok.
Wisma Putra berkata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan membawa seruan Malaysia dalam memperkukuhkan solidariti antarabangsa bagi menangani krisis kesihatan, ekonomi dan sosial akibat wabak COVID-19.
Kenyataan Malaysia itu akan disampaikan oleh Hishammuddin melalui rakaman video UNGASS ke-31.
"Beliau juga akan menekankan bahawa ia merupakan tanggungjawab global dan moral untuk vaksin COVID-19 dikongsi bersama setelah dibangunkan," kata Wisma Putra dalam kenyataan hari ini.
Menurut Wisma Putra, sesi khas tersebut dianjurkan lanjutan daripada cadangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan akan berlangsung dua hari bermula esok mengikut waktu New York.
Ia akan disertai oleh negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara pemerhati, badan bukan kerajaan dan masyarakat madani, institusi pendidikan serta sektor swasta.
Selain itu, ia juga bagi mencerminkan solidariti masyarakat antarabangsa dan memperkukuhkan multilateralisme dalam berdepan dengan cabaran yang disebabkan oleh wabak COVID-19.
UNGASS ke-31 juga bertujuan untuk menyelaras respons masyarakat antarabangsa dalam menangani kesan-kesan wabak ini.
Wisma Putra menambah, segmen pembukaan Sesi Khas ke-31 akan merangkumi kenyataan oleh Presiden bagi Sesi ke-75 Perhimpunan Agung PBB Volkan Bozkir, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, dan Presiden Republik Azerbaijan Ilham Aliyez, sebagai Pengerusi NAM.
"Di samping itu, Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial PBB (ECOSOC) dan Presiden Majlis Keselamatan PBB bagi bulan Disember 2020 (Afrika Selatan) juga akan menyampaikan kenyataan mereka semasa segmen tersebut," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#Wisma Putra
#New York
#COVID-19
#perhimpunan
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan