Sudah lama tidak muncul dengan produk baharu dan ditambah pula dengan fenomena K-Pop, Ungu tetap yakin bahawa pemuzik tempatan masih lagi mempunyai sokongan.
Kumpulan dari Indonesia itu telah melancarkan album terbaharu mereka berjudul Timeless. Album ini memuatkan empat lagu baharu dan 10 lagu yang sudah popular.
Mereka tidak langsung melihat K-Pop sebagai pencabar namun ia memberi semangat untuk menghasilkan karya yang terbaik.
“Ia tidak membuat Ungu takut kerana kami sentiasa berusaha untuk membuat yang terbaik. Kami mempunyai peminat yang cukup setia dan kita harus memberikan yang terbaik. InsyaAllah, karya bagus akan diterima dengan bagus,” jelas vokalis kumpulan Ungu, Pasha.
Jelas beliau lagi, Timeless dihasilkan atas permintaan dari peminat. Ini membuktikan muzik mereka masih relevan, tanpa perlu band mereka beralih arah.
Antara lagu yang dimuatkan adalah Sayang, Apa Sih Maumu, Kekasih Gelapku dan Percaya Padaku.
Pelancaran album “Timeless” dilakukan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada hari Rabu.
Astro Awani
Thu Nov 29 2012
Terbuka Australia 2024: Lee Zii Jia mara ke final
Pemain nombor lapan dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menundukkan pemain meningkat naik dari Taiwan, Lee Chia Hao 10-21, 21-15, 21-10 pada aksi separuh akhir di Sydney Olympic Park.
Wakil rakyat kerajaan, pembangkang gesa insiden keganasan dihentikan
Insiden keganasan yang berlaku terhadap beberapa pemain bola sepak baru-baru ini merupakan titik hitam dalam dunia sukan negara khususnya industri bola sepak.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat
Bilangan kematian rakyat Palestin meningkat kepada 37,266. Menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin, 34 rakyat Palestin telah terbunuh dan 71 orang tercedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Panjangkan doa buat seluruh rakyat Palestin - Sheikh Maher
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbahnya pada Hari Arafah di Masjid Al-Nimrah di depan khayalak jemaah Haji.
Pro-Palestin lumur darah tiruan, baring di jalan raya Madrid
Para peserta perhimpunan pro-Palestin di Madrid berbaring di atas jalan raya sambil meletakkan darah tiruan di wajah mereka pada Sabtu.
Raja Permaisuri Agong kurnia sumbangan Aidiladha
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan sumbangan Aidiladha kepada 250 golongan miskin tegar dan miskin di Johor Bahru, Johor pada Sabtu.
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal diumum calon PRK Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail, 56, diumumkan sebagai calon mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bulan depan.
Mayat pendaki Jepun hilang di utara Pakistan ditemui
Mayat pendaki Jepun yang hilang di utara pergunungan Pakistan telah dijumpai pasukan penyelamat pada Sabtu.
Penduduk harap Kerajaan Perpaduan bawa perubahan positif
Penduduk Afrika selatan berharap pembentukan Kerajaan Perpaduan Nasional akan membawa perubahan positif di negara tersebut.
Kesihatan semakin baik, Kate Middleton sertai acara Istana
Puteri Wales, Kate Middleton menyertain ahli keluarganya di acara perarakan tahunan tentera, Trooping The Colour pada Sabtu.
Ini merupakan penampilan umum pertamanya tahun ini selepas beliau terlepas beberapa acara susulan pembedahan abdomen pada 16 Januari.
Ini merupakan penampilan umum pertamanya tahun ini selepas beliau terlepas beberapa acara susulan pembedahan abdomen pada 16 Januari.
Ayah Pasha 'Ungu' risau keselamatan anaknya di Palu
Pasha yang merupakan Wakil Walikota Palu tidak dapat dihubungi keluarga disebabkan bekalan elektrik dan telekomunikasi yang terjejas.
Rossa, Ungu dan Amy gegarkan Panggung Anniversary esok
Bersempena sambutan ulang tahun ke-486 bandaraya Jakarta, Pejabat Pelancongan Jakarta akan mengadakan konsert percuma Enjoy Jakarta di Kuala Lumpur pada 14 Jun 2013 bermula jam 8.30 - 11 malam.