KUALA LUMPUR: Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Persatuan Pekerja Sosial Malaysia (MASW) hari ini menyeru agar pembentangan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial (PKS) disegerakan ketika sidang Parlimen mesyuarat ketiga minggu depan.
Ketua Perlindungan Kanak-Kanak UNICEF Malaysia Saskia Blume berkata, penggubalan rang undang-undang itu, akan memperakui dan menyokong peranan kerja sosial sambil memastikan rakyat Malaysia mendapat akses kepada pekerja sosial terbaik memandangkan pekerja sosial terlatih secara profesional adalah penting dalam pelbagai tetapan.
Beliau berkata kekurangan peraturan menghalang potensi pekerja sosial untuk menyumbang secara berkesan kepada masyarakat, justeru, rang undang-undang itu akan memastikan kualiti dan akauntabiliti kerja sosial.
"Pekerja sosial terlatih diperlukan kerana terdapat 18,750 kes penderaan kanak-kanak direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis Diraja Malaysia pula melaporkan 13,529 kes keganasan rumah tangga antara 2020 dan 2022," katanya pada taklimat media bersempena dengan kempan Social Workers: Heroes Among Us di sini.
Blume berkata kerja sosial tidak dikawal di Malaysia berbanding di negara ASEAN lain seperti Filipina, Thailand, Singapura dan Indonesia, selain Malaysia hanya mempunyai seorang pekerja sosial untuk setiap 8,576 orang, berbanding Singapura (1:3,448), United Kingdom (1: 3,025) dan Australia (1:490).
Sementara itu, Setiausaha MASW Amy Bala berkata masyarakat umum masih tidak memahami maksud sebenar pekerja sosial, dengan kebanyakan rakyat Malaysia melihat mereka sebagai pekerja amal.
Justeru, beliau berkata rang undang-undang PKS dapat mewujudkan kesedaran, membolehkan orang ramai mengiktiraf pekerja sosial profesional apabila meminta bantuan dan menyatakan dengan jelas piawaian profesional dan akibat ketidakpatuhan untuk memastikan keselamatan awam.
"Bagi pekerja sosial, rang undang-undang itu memberikan status profesional dan menggalakkan imbuhan yang sesuai," katanya.
Beliau berkata kerja sosial merupakan satu disiplin akademik yang mantap di 12 institusi pengajian tinggi di negara ini yang menawarkan program diploma ke PhD, namun tidak semua yang bekerja dalam bidang kerja sosial dilatih secara profesionak kerana kurangnya peraturan.
Amy juga yakin kerajaan akan membentangkan dan meluluskan rang undang-undang itu tidak lama lagi untuk memperakui peranan kerja sosial dalam pembangunan masyarakat selaras dengan visi kerajaan MADANI.
Rang undang-undang PKS yang dulunya dikenali sebagai Rang Undang-undang Pekerja Sosial telah diluluskan oleh Kabinet pada 2010 dan kini dalam semakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
Rang undang-undang PKS yang dulunya dikenali sebagai Rang Undang-undang Pekerja Sosial telah diluluskan oleh Kabinet pada 2010 dan kini dalam semakan oleh KPWKM. - Gambar Astro AWANI
Raih RM35.3 juta, Sheriff kini filem No. 1 dengan kutipan tertinggi tahun ini
Kejayaan ini menyaksikan Sheriff mengetepikan filem besar antarabangsa dan terus mendominasi carta kutipan tahun ini.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Kelas terapung atasi masalah sekolah padat - Fadhlina
Pelaksanaan kelas terapung di sekolah-sekolah yang mempunyai kepadatan tinggi dapat membantu mengatasi isu kesesakan pelajar.
Tak tinggal sebumbung, Nora Danish akui rumah tangga bergolak
Nora mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah, namun mereka berdua sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UNICEF gesa supaya pemindahan untuk merawat kanak-kanak cedera di Gaza ditingkatkan
Kekurangan petugas dan bekalan memberikan kesan negatif terhadap penjagaan yang mereka boleh berikan, terutamanya untuk pembedahan.
Gelombang haba menyebabkan berjuta-juta kanak-kanak di Asia berisiko
Tahun 2024 bakal menjadi tahun paling panas dalam rekod, diburukkan lagi dengan iklim ekstrem dan peningkatan pelepasan gas rumah hijau.
PBB pertimbang keahlian penuh negara Palestin
UNSC sedang mempertimbangkan keahlian penuh negara Palestin yang berdaulat ke PBB.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
“Rafah harapan terakhir Gaza” - UNICEF
Dunia tidak boleh lagi berdiam diri kerana kanak-kanak memerlukan gencatan senjata sekarang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi.