MALAYSIA
  
            Unifi Business terus memperkasa PMKS di Grand Finale Jiwa SME Selangor
(Kanan) Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran bersama para usahawan yang berkongsi kisah kejayaan menggunakan solusi digital Unifi Business pada Pentas Niaga di Jelajah Jiwa SME 2025 Selangor. - Foto Unifi Business
            
      PETALING JAYA: Jelajah Jiwa SME 2025 melabuhkan tirainya di The Curve, Selangor, dengan menampilkan kejayaan usahawan tempatan yang berjaya melonjakkan perniagaan melalui inisiatif Impak Biz oleh Unifi Business.
Sebagai penaja utama, Unifi Business meneruskan komitmen memperkasakan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan menyediakan penilaian kesediaan digital percuma, bimbingan teknologi, serta sokongan pemasaran berimpak tinggi yang membantu peniaga beralih ke arah automasi dan digitalisasi penuh.
Menurut pengasas Sumatraa, Mohammad Syaifullah Bin Che Ghani, transformasi digital kini menjadi keperluan asas dalam operasi perniagaan.
“Pendigitalan bukan sekadar trend. Ia adalah benda yang wajib untuk masa sekarang. Dari segi operasi dan promosi, semuanya kini lebih tersusun dengan penggunaan sistem digital seperti TikTok, Shopee dan laman web,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa sistem digital bukan sahaja membantu meluaskan capaian pelanggan ke seluruh negara, malah memberi impak sosial apabila syarikatnya dapat membantu komuniti bencana melalui platform dalam talian.
“Kalau dulu kami hanya capai komuniti setempat, tapi dengan Digital Marketing Solution (DMS) daripada Unifi Business, kami berjaya capai pelanggan seluruh Malaysia dan bantu lebih banyak mangsa bencana,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif 80:20 Empire, Asmariza Yusoff, berkata aplikasi Go Bookit yang digunakan dalam syarikatnya membantu menguruskan temu janji pelanggan dengan lebih efisien.
“Go Bookit sangat membantu dari segi urusan pelanggan dan memudahkan consultant kami menjadualkan kerja serta kemas kini maklumat klien,” jelasnya.
               
Bagi Tineshwara Rao, Pengasas Bersama Suria Pest Control, pemasaran digital melalui Unifi Business menjadi titik perubahan besar kepada syarikatnya.
“Dulu saya buat servis di Penang saja. Tapi selepas guna Digital Marketing Solution (DMS) daripada Unifi Business, pelanggan datang dari Perlis, Kedah, Selangor, Langkawi, sampai Pulau Pangkor. Branding kami juga semakin dikenali,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik Kambing Yang Aneh, Azroy Manaf, menyeru lebih ramai usahawan agar tidak takut untuk memulakan langkah dalam dunia digital.
“Jangan malu-malu atau ragu-ragu untuk mula berniaga dalam era digital. Zaman digital inilah yang membawa perniagaan kita lebih jauh,” ujarnya.
Inisiatif Impak Biz oleh Unifi Business terus membuktikan bagaimana digitalisasi bukan sekadar memudahkan urusan, tetapi menjadi pemacu utama daya saing PMKS ke arah masa depan yang lebih mampan.