MALAYSIA
UniMAP proaktif lahirkan bakat global berteraskan nilai dan identiti Malaysia
UniMAP terus melangkaui sempadan dunia dengan mewujudkan ekosistem pengantarabangsaan melalui jaringan global melibatkan 26 negara menerusi 139 MoU dan MoA yang masih aktif setakat ini, kata Prof Zaliman. - Gambar Bernama
ARAU: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) proaktif melahirkan bakat global berteraskan nilai dan identiti Malaysia, selaras dengan Fokus Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi yang digariskan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Zaliman Sauli berkata, universiti itu terus melangkaui sempadan dunia dengan mewujudkan ekosistem pengantarabangsaan melalui jaringan global melibatkan 26 negara menerusi 139 memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) yang masih aktif setakat ini.
Beliau berkata, pelajar UniMAP turut didedahkan dengan pelbagai program antarabangsa, termasuk penyertaan dalam Asia Summer Program di Thailand, Jepun, Indonesia dan Korea Selatan serta rangkaian seperti ASEAN University Network (AUN), Asia Technological University Network (ATU-Net), Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) dan Asia Applied Artificial Intelligence (A3I).
"UniMAP menekankan falsafah 'Engineering4Society' iaitu ilmu kejuruteraan mesti membawa manfaat kepada manusia dan masyarakat, selaras dengan fokus KPT dalam pemindahan dan perkongsian ilmu. Pendekatan ini memastikan pelajar UniMAP bukan sahaja bersedia untuk industri, malah bersedia untuk dunia dan berteraskan nilai," katanya dalam temu bual bersama pemberita di universiti itu baru-baru ini.
Menurut Zaliman, pendekatan pembelajaran UniMAP yang berasaskan Lab Intensive, Industry-Driven dan Future-Ready membantu pelajar menguasai kemahiran menyelesaikan masalah sebenar industri dan komuniti, selari dengan Pelan Strategik UniMAP 2026-2030.
Naib Canselor itu berkata, UniMAP juga menjalinkan kerjasama penyelidikan industri global berimpak tinggi, antaranya dengan syarikat Nihon Superior Co. Ltd di Jepun dalam proses pembungkusan semikonduktor. Selain itu, 11 pelajar UniMAP kini menjalani latihan industri di Nihon Superior (Jepun) dan TUSAS (Turkiye).
"UniMAP turut mempunyai Pusat Operasi Akademik Luar Negara (UniMAP Overseas Managerial Offices) di Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY) dan Universitas Al Azhar Indonesia (UNAZ) di Indonesia serta satu pusat operasi di Beijing, China.
"Pusat ini berfungsi sebagai pusat pengurusan akademik prasiswazah dan pascasiswazah dalam usaha meningkatkan akses, keterlihatan dan hubungan strategik UniMAP di rantau ASEAN dan Asia Timur," katanya.
Selain itu, katanya program mobiliti antarabangsa UniMAP terus menunjukkan pertumbuhan kukuh di bawah penyelarasan Centre for International Engagement (CIE), dengan jumlah keseluruhan pelajar mobiliti mencecah 297 orang setakat Oktober lepas.
"Inbound mobility melibatkan 134 pelajar dari Taiwan, India, Thailand dan Indonesia, manakala outbound mobility merangkumi 163 pelajar UniMAP ke Thailand, Jepun, Turkiye, Indonesia dan China," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, bidang tujahan akademik UniMAP adalah selaras dengan New Industrial Master Plan (NIMP) 2030, merangkumi Semikonduktor & Elektronik Pintar; Automasi & Mekatronik; Kecerdasan Buatan & Data Analitik; Tenaga Hijau & Bahan Lestari;
Katanya, universiti itu turut melaksanakan konsep 'Industry on Campus' yang menempatkan sembilan makmal industri dan tiga kilang mengajar di Pusat TVET UniMAP, di mana pelajar berpeluang memperoleh pensijilan profesional daripada syarikat multinasional seperti Siemens, Huawei, Oppstar Technology dan Keysight, sekali gus melahirkan graduan siap industri.
"Latihan IC Design bersama Oppstar Technology seiring dengan aspirasi National Semiconductor Strategic Taskforce (NSS) untuk menjadikan Malaysia hab Semiconductor Front End. Setakat ini, lebih 40 peratus pereka cip (IC designers) di Oppstar ialah alumni UniMAP," katanya.
Zaliman berkata, UniMAP turut diumumkan sebagai Naib Johan dalam dua kategori iaitu Blended Learning Experience dan Face-to-Face Immersive Learning Experience pada Anugerah Khas Menteri Pendidikan Tinggi (AKRI) 2025.
"Pengiktirafan ini membuktikan komitmen UniMAP dalam mengadaptasi pedagogi digital, kecerdasan buatan (AI) dan immersive learning dalam sistem pengajaran," katanya.
Beliau berkata, kadar kebolehpasaran lepasan UniMAP pada tahun lepas mencecah 98.9 peratus, dan universiti itu turut diiktiraf sebagai 'Top Multinational Company (MNC) Preferred Graduate'.
Zaliman berkata, sejak 2007, UniMAP telah melahirkan lebih 42,000 alumni yang berkhidmat di dalam dan luar negara, sekali gus membuktikan keberkesanan pendekatan berasaskan amali, industri, sahsiah dan kepimpinan yang diterapkan.
"Alumni UniMAP kini bekerja di lebih 20 negara termasuk Jepun, Jerman, UAE, Korea Selatan dan Sudan, dengan ramai berkhidmat di syarikat global seperti Intel, Infineon, Bosch, Keysight, Sony, Schlumberger dan Petronas.
Beliau berkata, daripada lebih 42,000 alumni itu, dianggarkan kira-kira 10 peratus merupakan usahawan yang mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Sehubungan itu, katanya, kejayaan alumni UniMAP membuktikan kurikulum teknikal universiti itu kekal relevan, graduannya kompeten, berdaya saing dan diterima di peringkat global.
-- BERNAMA