Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mencipta sejarah apabila muncul sebagai institusi pendidikan pertama di negara ini yang melaksanakan sistem pengenalan pelajar dan kakitangan secara digital.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata penggunaan sistem digital yang bermula bulan ini itu memerlukan pelajar serta kakitangan mengimbas telefon pintar mereka dengan 'QR Code'.
Katanya ketika ini penggunaan sistem pengenalan digital itu adalah bagi merekod kehadiran sebelum dikembangkan untuk pelbagai kegunaan lain di kampus.
"Unimas hanya mengambil masa sebulan untuk melaksanakan sistem pengenalan digital tersebut, ini merupakan perkara yang membanggakan.
"Saya melihat pelaksanaan sistem pengenalan digital ini dan sistem penilaian baharu pelajar iaitu Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA), amat menarik dan menggambarkan kemampuan Unimas," katanya pada sidang media selepas merasmikan Unimas Silver Jubilee Conference 2017 (USJ 2017) di sini pada Rabu.
Turut hadir Naib Canselor Unimas Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.
Idris turut melahirkan rasa gembira dengan kejayaan yang dicapai Unimas dalam tempoh 25 tahun penubuhannya, antaranya ialah kedudukan universiti itu menurut QS Asia Rankings dari tangga ke-291 melonjak pada kedudukan ke-247.
"Melalui penganjuran USJ 2017 ini pula kita lihat Unimas mampu menarik lebih 300 penulisan dan abstrak dari seluruh dunia seperti dari Amerika Syarikat, United Kingdom, New Zealand dan Australia serta menyaksikan kertas kerja yang dibentangkan dipilih untuk disiarkan dalam jurnal SCOPUS dan ISI-Indexed," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2017

Idris (kanan) diberi penerangan oleh Mohamad Kadim (dua, kanan) mengenai buku 'eBario' selepas melancarkan buku itu sempena Persidangan Jubli Perak Unimas pada Rabu. -fotoBERNAMA
[TERKINI] JS-SEZ: Sidang media oleh Menteri MITI
Ikuti sidang media oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkenaan penganjuran Forum Perniagaan & Pelaburan Bersama 2025, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

KDN cadang guna MyDigital ID untuk urusan trafik - Saifuddin
KDN mencadangkan penggunaan MyDigital ID kepada pengguna bagi sebarang urusan trafik melibatkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (JSPT).

35,551 kes kemalangan direkodkan di LPT1 setakat Disember 2024
Sebanyak 35,551 kes kemalangan direkodkan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sejak 2004 hingga Disember tahun lepas.

Pemilihan PKR: Tiada rombakan Kabinet - PM Anwar
Tiada rombakan Kabinet susulan daripada keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sultan Kelantan titah cadangan bina tembok di Sungai Golok dimuktamad segera
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mahu cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di kawasan Sungai Golok dimuktamadkan segera.

TPM Zahid kunjungi Gibran, perkukuh diplomasi serumpun
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan rasmi bersama Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka.

KPWKM perluas program semai patriotisme, sokong pemakaian lencana Jalur Gemilang - Nancy
KPWKM bercadang memperluas pelaksanaan program menyemai semangat patriotisme, sebagai sokongan kepada inisiatif pemakaian lencana Jalur Gemilang oleh pelajar.
JS-SEZ: Ferrotec's Commitment to Innovation in Malaysia
Mr. Guofu Zhou, Deputy General Manager of Ferrotec Power Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd., shares insights on the company's RM520 million investment in Johor, particularly in Pasir Gudang. Discover the strategic rationale behind this decision and the competitive advantages Johor offers in the global semiconductor supply chain.
JS-SEZ: Joint Business & Investment Forum 2025
Join us to explore the future of the Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) and its potential to drive economic growth and investment in the region.

Ditanya soal pemilihan PKR, Anwar spontan nyanyi lagu ‘Tunggu Sekejap’
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendendangkan lagu Tunggu Sekejap ketika ditanya oleh wartawan mengenai Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025.

MCMC perhebat komuniti digital inklusif menerusi program HBK di Ayer Kuning
Program ini menjadi pemangkin kepada pemerkasaan komuniti setempat, menerusi pengenalan pelbagai perkhidmatan pintar.

Arab Saudi lancar platform berkuasa AI untuk ajar Surah Al-Fatihah kepada jemaah sedunia
Ia menawarkan kandungan pendidikan yang menyeluruh merangkumi tafsiran, bacaan serta hafazan Al-Quran dalam pelbagai bahasa.

Fokus timba ilmu, henti bergaduh perkara remeh - PM Anwar
Kata Anwar, dunia kini menumpukan pada usaha mengangkat ekonomi, kemudahan teknologi baharu bagi mendepani masa depan yang mencabar.

Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital
Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting yang menyatukan dua kuasa digital di Asia untuk mencipta inovasi yang memberi impak.

IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital
IRC 2025 telah membuktikan bahawa kerjasama mampu menjadi pemangkin penciptaan masa depan yang selamat, inklusif dan mampan.

RM250,000 bagi latihan keusahawanan, digital anak muda Liga Muslim Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan meluluskan peruntukan awal sebanyak RM250,000 untuk tujuan latihan bidang keusahawanan dan digital untuk anak muda Liga Muslim Pulau Pinang.

'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.

TM sokong keputusan rangkaian 5G kedua, komited terhadap pertumbuhan digital
TM percaya langkah itu akan memacu transformasi digital Malaysia, kesalinghubungan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang merentasi sektor.

Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital
Kemunculan kecerdasan buatan dalam industri media tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman.

'Belanjawan 2025 perlu tumpu pemulihan sistem pendidikan pasca pandemik'
Anuar berkata, antara perkara yang perlu dipertimbang ialah meningkatkan akses pendidikan awal kanak-kanak dan pendidikan digital di sekolah.