awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNIMAS mampu terajui penyelidikan biodiversiti negara - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
12/06/2023
21:15 MYT
UNIMAS mampu terajui penyelidikan biodiversiti negara - Mohamed Khaled
Mohamed Khalid berkata Kementerian Pendidikan Tinggi, akan mengkaji dalam membentuk hala tuju serta kerjasama antara universiti, bagi mengoptimumkan usaha penyelidikan. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mampu menjadi institusi pengajian tinggi yang menerajui penyelidikan berkaitan biodiversiti negara, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, Institut Biodiversiti dan Pemuliharaan Alam Sekitar (IBEC) UNIMAS, perlu bersedia bekerjasama serta berkongsi hasil penyelidikannya dengan insititut biodiversiti yang terdapat di universiti tempatan lain, bagi memastikan impak penyelidikan yang besar dan bermakna kepada Malaysia.
"Kekuatan UNIMAS ini pada penyelidikan biodiversitinya, mengambil kira keluasan Sarawak serta potensi bagi menjayakan disiplin biodiversiti di Malaysia," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke UNIMAS, pada Isnin..
Mohamed Khalid berkata Kementerian Pendidikan Tinggi, akan mengkaji dalam membentuk hala tuju serta kerjasama antara universiti, bagi mengoptimumkan usaha penyelidikan.
"Perlu ada kerjasama atau jika tidak, penyelidikan akan bertindih dan ia akan menjadi pembaziran sumber. Contohnya di UNIMAS ada 10 pakar dan di Universiti Malaysia ada lima pakar, kenapa kita tidak gabungkan mereka dan bekerjasama demi kepentingan negara, jadi ini yang kena dibincangkan kementerian," katanya.
Mohamed Khaled berkata lawatan itu yang juga lawatan sulungnya sejak menyandang jawatan Menteri Pendidikan Tinggi, bertujuan untuk membincangkan pencapaian dan hala tuju UNIMAS serta kaedah bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#Unimas
#kebolehpasaran graduan
#hala tuju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan