GADGETS

Unisoc perkenal cip T9300 untuk peranti kelas pertengahan

Astro Awani 18/11/2025 | 03:45 MYT
T9300 dilengkapi dengan GPU Mali-G57, menyokong skrin FHD sehingga 144Hz, dan pensijilan HDR10 untuk paparan yang lebih terang. -Foto Amanz
UNISOC memperkenalkan cip baharu T9300 yang disasarkan untuk peranti kelas pertengahan.


Ringkasan AI
  • Cip baharu T9300 Unisoc menyasarkan peranti kelas pertengahan dengan peningkatan kecekapan sehingga 38 peratus berbanding generasi sebelumnya.
  • T9300 dilengkapi dengan GPU Mali-G57, menyokong skrin FHD sehingga 144Hz, dan pensijilan HDR10 untuk paparan yang lebih terang.
  • Cip ini juga menawarkan audio HiFi bersama enjin permainan Unisoc Miracle Gaming Engine, mempunyai sokongan rangkaian 2G hingga 5G, mod dwi SA/NSA, serta dual-SIM dual-VoNR.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Cip berasaskan lapan teras ini menggabungkan Cortex-A78 (2.4 GHz) bagi prestasi dan Cortex-A55 untuk kecekapan tenaga.

Menurut Unisoc, cip ini menawarkan peningkatan kecekapan sehingga 38 peratus berbanding generasi sebelumnya. Ia turut dilengkapi GPU Mali-G57 serta menyokong memori LPDDR4X dan storan UFS 2.2.

Unisoc T9300 menyokong skrin FHD+ sehingga 144Hz atau 1.5K pada 90Hz, selain pensijilan HDR10+ untuk paparan lebih terang.

Teknologi paparan lain termasuk VideoPQ bagi kontras dinamik, VRR untuk kadar segar semula adaptif serta mod perlindungan mata untuk paparan di bawah cahaya matahari.

Menariknya, cip ini juga menawarkan audio HiFi bersama enjin permainan Unisoc Miracle Gaming Engine, sesuai untuk hiburan dan permainan.

Dari segi rangkaian, T9300 menyokong 2G hingga 5G dengan mod dwi SA/NSA serta dual-SIM dual-VoNR.

Ia turut menambah sokongan NR NTN satelit berasaskan piawaian 3GPP R17 dan bersedia untuk perisian terkini dengan sokongan Android 16. -Amanz




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa kelebihan utama cip T9300 Unisoc berbanding generasi sebelumnya?
    A: Cip T9300 Unisoc menawarkan peningkatan kecekapan sehingga 38 peratus berbanding generasi sebelumnya.
  • Q: Apa yang membuat cip T9300 Unisoc menarik untuk pengguna?
    A: Cip T9300 Unisoc dilengkapi dengan GPU Mali-G57, sokongan skrin FHD sehingga 144Hz, dan audio HiFi bersama enjin permainan Unisoc Miracle Gaming Engine.
  • Q: Bagaimana cip T9300 Unisoc menyokong rangkaian dan sokongan perisian?
    A: Cip T9300 Unisoc menyokong rangkaian 2G hingga 5G, mod dwi SA/NSA, dual-SIM dual-VoNR, serta bersedia untuk perisian terkini dengan sokongan Android 16.



#Android #T9300 Unisoc #peranti kelas pertengahan #Miracle Gaming Engine #VoNR