Unit K9 Dianugerahkan Pingat 'Golden Performance'

Sinar Harian
Januari 9, 2023 07:51 MYT
Nga Kor Ming bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dan anggota dari Unit K9 bergambar pada Majlis Amanat Tahun Baharu KPKT 2023 hari ini. - Gambar/ BERNAMA
PUTRAJAYA: Empat ekor anjing Unit K9 iaitu Blake, Lady, Grouse dan Pop, yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Selangor pada 16 Dis lepas dianugerahkan pingat 'Golden Performance' pada Majlis Amanat Tahun Baharu KPKT 2023 hari ini.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dan anggota dari Unit K9 bergambar pada Majlis Amanat Tahun Baharu KPKT 2023 hari ini.- Sinar Harian
#Nga Kor Ming #unit k9 #pingat 'Golden Performance' #tanah runtuh