KLUANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang wanita hamil yang mengalami komplikasi dari Kampung Orang Asli Peroh, Kahang, di sini, ke Hospital Kluang, tengah hari tadi.
Pemangku Pengarah JBPM Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang, berkata mangsa, Mustika Lakano, 41, yang hamil 16 minggu telah mengalami pendarahan dan pihaknya menjalankan operasi pemindahan kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
"Turut serta dalam operasi tersebut lima kru penerbangan serta dua pegawai perubatan Kementerian Kesihatan. Operasi Medevac tersebut telah berjaya dilaksanakan dan ditamatkan pada jam 2.35 petang," katanya. menerusi kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Mohd Rizal berkata JBPM turut menghantar bekalan makanan kepada penduduk Kampung Peta, Mersing, yang telah terputus hubungan akibat jalan utama dinaiki air.
"Dalam operasi tersebut, bekalan makanan seberat kira-kira 700 kilogram sumbangan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mersing telah dibawa untuk diagihkan kepada penduduk di kampung berkenaan," katanya.
Beliau berkata operasi menggunakan helikopter itu tamat pada jam 5.54 petang.
Katanya, Unit Udara JBPM sentiasa komited bagi membantu melaksanakan operasi khidmat khas melibatkan pesawat dari Unit Udara JBPM sama ada operasi Medevac, penghantaran bekalan makanan dan logistik di kawasan terputus hubungan atau pun operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) di negeri ini, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023

Mangsa yang hamil 16 minggu telah mengalami pendarahan dan bomba menjalankan operasi pemindahan kira-kira jam 1 tengah hari tadi. - Gambar/ JBPM

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Lelaki FIlipina terjun feri semasa penghantaran pulang ditemukan lemas
Seorang lelaki Filipina yang dipercayai terjun ke laut dari sebuah feri di sini ketika proses penghantaran warga Filipina pulang ke negara asal pada petang Rabu lepas, ditemukan lemas hari ini.

Bomba Terengganu kenal pasti tanah untuk bina balai di pulau
Permohonan dihantar kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan Besut bagi mendapatkan kelulusan serta menguruskan prosedur berkaitan.

Kebakaran rumah: Remaja perempuan kritikal, bapa cedera
Empat ahli keluarga lain yang berumur antara 10 hingga 41 hingga tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

25 penumpang berdepan detik cemas, bas dinaiki terbakar di R&R
Seramai 25 orang penumpang termasuk pemandu bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka musnah terbakar.

Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Pasir Kampung Seri Makmur, Chini.

Dua kawasan cerun di Melaka lokasi kritikal tanah runtuh
Lokasi berkenaan antara kawasan bencana yang dipantau susulan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di empat negeri termasuk Melaka sehingga esok.

JBPM tambah 12 lagi anjing pengesan
Penambahan itu sekali gus dapat membantu JBPM dalam pelbagai operasi termasuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

'Bumbung, beranda tiba-tiba runtuh'
Runtuhan itu telah menyebabkan dua kenderaan rosak dan bagaimanapun ia tidak melibatkan kehilangan nyawa.

Gempa bumi Turkiye: JBPM sedia tukar pasukan SAR jika perlu
Pertukaran bukan sahaja melibatkan anggota, malah termasuk aset dan anjing pengesan (K9).

Abdul Wahab dilantik Ketua Pengarah JBPM berkuat kuasa esok
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dilantik sebagai Ketua Pengarah JBPM yang baharu mulai esok.