KUALA LUMPUR: Universiti Antarabangsa UNITAR menjadi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pertama di negara ini membangunkan Pusat Satelit MyFutureJobs, yang menyediakan ekosistem perkhidmatan mencari pekerjaan.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata pusat satelit yang merupakan usaha sama antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan UNITAR itu memberi manfaat bukan sahaja kepada para pelajar dan siswazah, malah kepada pencari kerja dalam kalangan masyarakat setempat.
Saravanan berkata pusat satelit itu adalah satu usaha luar kotak kerana ia mendedahkan para pelajar dengan pasaran pekerjaan tanpa perlu menunggu mereka tamat pengajian.
"Kita mula dari peringkat universiti untuk berikan bimbingan yang sewajarnya," katanya kepada media selepas merasmikan pusat satelit itu di sini semalam.
Beliau berkata pusat satelit di UNITAR itu dijadikan perintis dan akan diperluaskan ke universiti lain.
Perkeso dan UNITAR dalam satu kenyataan bersama berkata pusat satelit itu menawarkan pelbagai program kebolehpasaran seperti sesi pemprofilan pencari kerja, temu duga terbuka dan khidmat nasihat kerja sebagai usaha meluaskan akses perkhidmatan mencari pekerjaan akibat impak pandemik COVID-19.
Menurut kenyataan itu, Perkeso pada tahun lepas telah melaksanakan penempatan pekerjaan untuk 269,704 orang pencari kerja menerusi portal MyFutureJobs.
Sehingga 13 Dis tahun ini, sebanyak 450,083 peluang pekerjaan yang masih aktif ditawarkan kepada lebih 833,529 pencari kerja berdaftar di portal itu.
--BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
Pusat Satelit MyFutureJobs oleh UNITAR menawarkan pelbagai program kebolehpasaran seperti sesi pemprofilan pencari kerja, temu duga terbuka dan khidmat nasihat kerja.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
UNITAR jadi IPTS pertama miliki pusat satelit MyFutureJobs
Pusat satelit itu memberi manfaat kepada pelajar dan siswazah, juga pencari kerja dalam kalangan masyarakat setempat.
UM berjaya mengatasi kedudukan universiti terkemuka Asia
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) turut menunjukkan peningkatan dan kini menyertai kelompok top 100 di kedudukan ke-99
"Impian saya tahun 2017 dipenuhi!" - Najwa Latif terima Ijazah
Najwa Latif, 22, telah berjaya bergelar graduan bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).