Semua universiti awam perlu memiliki sekurang-kurangnya 30 peratus pensyarah yang memahami dan berpengalaman dengan kehendak industri bagi menjayakan program Dua Universiti + Dua Industri (2u2i).
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata jaringan kolaborasi antara universiti dan industri tidak akan tercapai sekiranya pensyarah tidak memahami apa yang sedang berlaku dalam industri.
"Kita jangka dalam tempoh enam tahun lagi akan dapat capai jumlah 30 peratus ini yang mana ia boleh datang daripada individu dalam industri (menjadi tenaga pengajar di universiti) ataupun pensyarah sendiri yang telah mempunyai pengalaman melakukan kerja-kerja dalam industri.
"Mungkin juga pensyarah boleh berkecimpung dalam industri antara tiga bulan hingga setahun agar pengalaman dalam industri itu boleh digunakan untuk membimbing pelajar agar lebih mahir dalam bidang pengajian mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program 2u2i bagi Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini pada Isnin.
Turut hadir, Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Nor Aeini Mokhtar, Pengasas Salihin Chartered Accountant Salihin Abang dan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi.
UMT adalah universiti kelapan yang melancarkan 2u2i bertujuan memberi pengalaman pembelajaran kepada graduan dalam industri perakaunan dengan penubuhan Teaching Accountancy Firm (TAF), hasil kerjasama UMT dan firma Salihin Chartered Accountant.
Melalui TAF, pelajar perakaunan di UMT akan belajar selama dua tahun di universiti dan dua tahun lagi ditempatkan di industri untuk memahami selok-belok amalan sebenar persekitaran kerja.
Sementara itu, Nor Aeini berkata UMT turut bekerjasama dengan Persatuan Akauntan-Akauntan Bertauliah (ACCA) untuk menyediakan peluang kepada graduan dalam bidang profesional dan menyokong pembangunan kerjaya dalam bidang perakaunan, perniagaan dan kewangan.
"Ini memberi kelebihan kepada graduan untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di UMT dan pada masa sama menduduki peperiksaan yang diselia ACCA sebagai komponen peperiksaan.
"Namun, untuk mendapat kelayakan profesional ACCA sepenuhnya, graduan wajib mengikuti dua lagi komponen iaitu pengalaman latihan industri dan modul etika," katanya.
Beliau berkata bagi program Sarjana Muda Perakaunan, ACCA telah memberi pengecualian sebanyak sembilan kursus daripada 14 kursus yang perlu diambil untuk peperiksaan ACCA tersebut.
"Melalui program ini, graduan terlibat bukan sahaja boleh menamatkan pengajian mereka dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan malah turut mendapat kelulusan separa bagi sijil ACCA," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2017

IDRIS: "Dalam tempoh enam tahun lagi akan dapat capai jumlah 30 peratus ini yang mana ia boleh datang daripada individu dalam industri ataupun pensyarah sendiri yang telah mempunyai pengalaman melakukan kerja-kerja dalam industri." - Gambar fail

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu ditutup pada 4.6185/6235 berbanding dolar AS 4.5950/6000 ketika ditutup pada Rabu.

Wanita UMNO tubuh kumpulan pemantau teliti dasar kerajaan
Noraini menjelaskan Wanita UMNO akan sentiasa memantau setiap dasar dan tawaran yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan.

Wanita mengandung sembilan bulan curi gelang emas RM45,000
Suspek berusia 36 tahun direman tiga hari hingga 11 Jun bagi membantu siasatan, manakala suspek berusia 29 tahun yang mengandung sembilan bulan dilepaskan dengan jaminan polis.

KBS yakin jawatankuasa RTG tangani isu Azizulhasni secara baik
KBS yakin isu ketidakpuasan hati yang dibangkitkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, akan ditangani sebaik mungkin jawatankuasa program Road to Gold (RTG).

Desak DAP mohon maaf: 'Pemuda UMNO tidak akan tarik balik kenyataan' - Dr Akmal
Pemuda UMNO menegaskan tidak akan sesekali menarik balik kenyataan menuntut DAP membuat permohanan maaf secara terbuka kepada parti itu.

Nicol terima anugerah Reader's Digest 2023
Beliau bangga diundi dalam kategori ini sehingga membuktikan kerjaya, ketelusan dan perwakilannya dipercayai oleh semua rakyat Malaysia.

Peraturan dan dasar awam yang adil diperlukan untuk hak pemilikan rumah - UN-Habitat
Masalah ketiadaan tempat tinggal merupakan masalah yang paling mendesak dan serius di kebanyakan bandar di seluruh dunia.

Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco
Pembentukan jawatankuasa itu adalah antara perkara yang dicapai dalam pertemuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan minggu lepas.

Hishammuddin, KJ, Hasni duduk semeja
Datuk Seri Hishammuddin berkongsikan gambarnya sedang duduk semeja bersama Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Anggota polis cedera ketika cuba tahan suspek mabuk, gaduh di Lebuh Chulia
Seorang anggota polis mengalami kecederaan luka di tangan ketika cuba menahan seorang lelaki yang terlibat dalam pergaduhan, di Lebuh Chulia.

Universiti awam perlu ada 30 peratus pensyarah berpengalaman untuk 2u2i - Idris
Jaringan kolaborasi antara universiti dan industri tidak akan tercapai sekiranya pensyarah tidak memahami apa yang sedang berlaku dalam industri.