awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Universiti awam perlu patuh arahan kurangkan yuran 20 peratus - Noraini

Bernama
Bernama
03/10/2021
10:23 MYT
Universiti awam perlu patuh arahan kurangkan yuran 20 peratus - Noraini
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata arahan itu telah dikeluarkan kepada semua UA terlibat sebelum ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Semua universti awam (UA) perlu mematuhi arahan mengurangkan yuran pengajian sebanyak 20 peratus kepada pelajar bagi semester pertama sesi 2021/2022.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata arahan itu telah dikeluarkan kepada semua UA terlibat sebelum ini.
"Langkah ini selaras dengan usaha KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) untuk terus mempertingkat usaha ke arah menjaga kebajikan mahasiswa khususnya di bawah inisiatif #KPTPrihatin," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata dalam keadaan pandemik COVID-19 yang banyak menjejaskan kehidupan masyarakat terutama dari segi ekonomi, kenaikan yuran tidak seharusnya berlaku.
Terdahulu, beberapa media melaporkan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya menggesa universiti itu memberi maklum balas berhubung isu kenaikan yuran pengajian kepada pelajar baharu sesi 2021/2022.
Ia susulan kenaikan yuran sebanyak 10 hingga 60 peratus yang dikenakan universiti itu dianggap tidak munasabah dalam situasi negara ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#universti awam
#kurangkan yuran 20 peratus
#patuh arahan
#Menteri Pengajian Tinggi
#semester pertama
#noraini ahmad
#KPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan