Universiti Islam jadi taman donut

Astro Awani
April 14, 2013 12:47 MYT
Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBR) apabila berjaya menghasilkan logo universiti itu menggunakan 19,300 biji donut.
Wakil MBR, Zulhairi Md Zin berkata UIAM merupakan universiti pertama di negara ini mencipta logo terbesar bersaiz 10 meter x 10.2 meter dengan menggunakan donut dalam kuantiti yang banyak.
"Ini merupakan iktiraf rekod terbaharu dan pertama kali di Malaysia buat logo gunakan donut, pengiktirafan ini diberikan berdasarkan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MBR sendiri," katanya pada majlis penyampaian sijil pengiktirafan MBR di sini hari ini.
Acara itu, yang dinamakan 'Doughnut of Hope' merupakan program bersifat kebajikan untuk membantu anak yatim dengan memberi harapan yang disimbolikkan menerusi pemberian donut, menurut Pengarah Eksekutif Karnival Majlis Perwakilan Pelajar UIAM Muhammad Faris Zaidi.
Beliau berkata kira-kira 400 pelajar mengambil bahagian dalam program itu yang diadakan sempena Karnival SRC (Student Representative Council Carnival) yang diadakan sejak Isnin lepas dan berakhir hari ini.
Projek tersebut diadakan dengan kerjasama Ummis Homemade Bakery yang memasak donut ini, dan dihias dengan coklat serta disusun oleh para pelajar itu, katanya.
Beliau berkata donut tersebut akan diagihkan ke rumah anak yatim sekitar Lembah Klang antaranya seperti Asrama Damai, Taman Pendidikan Anak-anak Yatim Darul Kifayah dan Pertubuhan Penyayang Raudhah termasuk diagihkan kepada pelajar, pensyarah dan staf universiti.
Majlis itu disempurnakan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM Datuk Dr Mizan Hitam.
Sementara itu, berita UIAM mencipta rekod Malaysia tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
Ada yang membela dan memberikan penjelasan, dipercayai di kalangan mereka yang ada pengetahuan mengenai projek berkenaan, namun ada juga yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Logo UIA terbesar disusun menggunakan 19,000 donut bakal dimasukkan dalam Malaysia Book of Records. Mabruk @srciium! twitter.com/maizanazmal/st…

— Nur Maizan Nazmal (@maizanazmal) April 14, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@enrabenz hehe buat logo uia gune donuts and then donut tu dorg will donate to rumah anak yatim :)

— Farah(@faraazul) April 14, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#TahukahAnda? Donut adalah simbol prestasi akademik kita? Soft, doughy non-nutritious & sugar laden, with a big empty hole in the middle.

— bimbo's abroad (@soefira) April 14, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

The garden of donuts @pusparos @noorazam RT @amirmu: UIA has become the 1st Malaysian uni to have its logo created out of 19,300 donuts.

— Amirudin Shari (@Amir_Shari) April 14, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Gaduh sana gaduh sini, donut tak habis bak sini

— H A N (@paantooo) April 14, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

UiTM wajib lawan dan pecahkan rekod UIA. Kita perlu susun donut yg lebih byk dan besar! Cc @datosahol

— bumilangit (@bumilangit) April 14, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Donut rezeki utk dimakan on the go, bukan mainan menjadi logo. #TweetMacamAsamadSaid

—HafizChan (@ChanHafiz) April 14, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selepas membuat kuih donut, siswa UIA akan membuat kuih koci dan cekodok pisang terbanyak untuk cipta rekod dalam Malaysia Book Of Records

— Bernipu (@Bernipu) April 14, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mohon komiti2 SRC carnival yg susun donut td kerja di kedai bakery saya. Saya tgk dah ada skill dah tu :3

— WhereIsMyTicoBerry?? (@AtifYunus) April 14, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#UIAM #universiti Islam