MALAYSIA
Universiti Malaya tegaskan komitmen solidariti bersama Palestin
Universiti Malaya aktif dalam memastikan suara rakyat Palestin didengari dunia khususnya dalam aspek akademik dan tidak pernah menghalang mana-mana pelajar atau kakitangan daripada menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Universiti Malaya ingin menegaskan bahawa seluruh warga kampus bersolidariti dengan Palestin serta amat bersimpati dengan penindasan yang dihadapi terutamanya oleh penduduk Gaza.
Berhubung dengan aktiviti solidariti yang dianjurkan baru-baru ini, pihak universiti menegaskan bahawa program berkenaan tidak dihalang, tetapi disarankan untuk dijadualkan semula bagi memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti kampus yang lain, memandangkan pada masa yang sama sedang berlangsung Minggu Haluansiswa sesi 2025/2026 dan taklimat berkaitan akademik bagi lebih 6,000 pelajar baharu di Dewan Tunku Canselor serta kawasan sekitarnya.
Universiti Malaya aktif dalam memastikan suara rakyat Palestin didengari dunia khususnya dalam aspek akademik dan tidak pernah menghalang mana-mana pelajar atau kakitangan daripada menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin. Adalah menjadi tanggungjawab universiti juga untuk memastikan agar semua aktiviti yang berlaku dalam kampus dijalankan dengan pematuhan pada peraturan yang terpakai.
Sebagai universiti terunggul negara, Universiti Malaya akan terus komited memainkan peranan sebagai institusi ilmu yang menyumbang kepada keamanan sejagat melalui pendidikan, penyelidikan dan dialog ilmiah. Universiti percaya bahawa pendidikan adalah kunci kepada perubahan dan kesejahteraan global, termasuk dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk hidup aman dan bermaruah.