[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
GADGETS

Universiti Saudi cipta sistem mengesan tahap dehidrasi tubuh menggunakan skrin telefon

Amanz 29/05/2025 | 04:05 MYT
Skrin sesentuh pada telefon pintar mengesan aliran elektrik antara jari dan skrin menerusi sensor kapasitif. - Foto Amanz
DEHIDRASI adalah berbahaya khususnya dalam situasi cuaca sekarang yang amatlah panas. Beberapa tahun lalu ada kes tular pelajar mengalami kecacatan otak kerana kombinasi strok haba dan dehidrasi.
Organ dalam seperti ginjal juga turut boleh terjejas. Menyedari bahasa dehidrasi ketika bulan Ramadan di Arab Saudi, penyelidik dari Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah (KAUST) berjaya mengesan tahap dehidrasi pada tubuh manusia dengan hanya menggunakan teknologi skrin sesentuh.
Skrin sesentuh pada telefon pintar mengesan aliran elektrik antara jari dan skrin menerusi sensor kapasitif.
Aliran ini berubah mengikut kelembapan jari dan dengan mengumpul data serta membangunkan algoritma, tahap dehidrasi tubuh boleh dikesan dengan ketepatan yang agak tinggi.
Ujian dilakukan ke atas peserta yang berpuasa Ramadan pada Mac lalu dan atlet yang melakukan aktiviti sukan.
Sebanyak 4000 bacaan dikumpul dan kajian mendapati tahap pengesanan dehidrasi menggunakan sensor telefon pintar pada atlet mempunyai ketepatan 92% dan pada individu berpuasa pula adalah 87%.
Teknologi ini sudahpun sedia ada dan tidak memerlukan kelengkapan tambahan seperti sutikan , peranti boleh-pakai dan ujian makmal.
Skrin telefon pintar sudahpun mempunyai ciri mengesan degupan jantung dan mungkin dalam masa terdekat pengesanan dehidrasi pula kan menjadi ciri lazim.
#Arab Saudi #Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah #dehidrasi #telefon pintar #skrin sesentuh