awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unjuran KDNK 2021 kekal 4.6%, penularan varian Delta jadi risiko - MIDF

Dagang News
Dagang News
30/08/2021
23:15 MYT
Unjuran KDNK 2021 kekal 4.6%, penularan varian Delta jadi risiko - MIDF
Unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi tahun 2021 dikekalkan 4.6%. -Gambar hiasan
Unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi tahun 2021 dikekalkan 4.6%.
MIDF Research berkata, pengekalan tersebut bagaimanapun dibuat bersama risiko penurunan terhadap prospek pertumbuhan susulan daripada lanjutan tempoh 'lockdown' selain kehadiran varian Delta.
"Ketika ini kami mengekalkan unjuran KDNK 2021 sebanyak 4.6% bersama risiko penurunan terhadap prospek pertumbuhan daripada lanjutan sekatan pergerakan selain kemungkinan keadaan COVID-19 yang semakin memburuk akibat daripada penularan varian Delta," jelas MIDF Research dalam nota kajiannya pada Isnin.
Dalam nota kajian berkaitan prestasi ekonomi bulanan itu menunjukkan indeks pelopor Malaysia meningkat dengan kadar yang perlahan sebanyak 0.5% tahun ke tahun pada Jun 2021.
Selain itu, eksport pula menunjukkan prestasi yang lemah pada Julai dengan jumlah perdagangan Malaysia hanya tumbuh pada kadar perlahan iaitu 13% tahun ke tahun pada Julai 2021.
Situasi itu disebabkan oleh eksport yang lemah dengan penyusutan -7.7% berbanding bulan sebelumnya.
Tambah MIDF Research lagi, lanjutan tempoh 'lockdown' meningkatkan risiko kepada pertumbuhan suku ketiga 2021 untuk kembali kepada pertumbuhan negatif.
Nota kajian itu memberitahu, sekatan pergerakan yang lebih ketat akan terus mengekang aktiviti perniagaan dan pengguna domestik.
"Namun, kami optimis bahawa perkembangan semasa vaksinasi negara akan membantu mengurangkan tekanan terhadap sektor penjagaan kesihatan dan meningkatkan keyakinan untuk mencapai imuniti kelompok menjelang suku keempat tahun ini.
"Beberapa buah negeri juga sudah beralih ke fasa seterusnya di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), sekatan pergerakan dilonggarkan berperingkat selain pemangkin ekonomi daripada mereka yang sudah menerima dua dos vaksin.
"Kelonggaran sekatan pergerakan serta potensi lonjakan permintaan akan menyokong ekonomi untuk terus pulih bermula suku keempat 2021 hingga tahun 2022," jelas MIDF Research lagi.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#MIDF
#Unjuran KDNK
#Varian Delta
#risiko penurunan terhadap prospek pertumbuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan