awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan pihak istana ada kaitan lidungi ajaran Qardiani tidak bertanggungjawab - JAIS
Letupan masjid di Nigeria ragut tujuh nyawa
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Untung pelaburan tak dapat, duit simpanan RM36,188 lebur

Sinar Harian
Sinar Harian
25/07/2021
01:16 MYT
Untung pelaburan tak dapat, duit simpanan RM36,188 lebur
Hasrat seorang peniaga di Bentong mahu mendapat keuntungan pantas dengan melaburkan wang dalam skim pelaburan membawa padah apabila kerugian RM36,188. -Gambar hiasan
KUANTAN: Hasrat seorang peniaga di Bentong mahu mendapat keuntungan pantas dengan melaburkan wang dalam skim pelaburan membawa padah apabila kerugian RM36,188.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, penipuan itu bermula awal bulan ini apabila lelaki terbabit berkenalan dengan seorang perempuan melalui laman sosial.
"Suspek telah menawarkan pelaburan saham kepada mangsa melalui satu aplikasi.
"Mangsa bersetuju dan berminat apabila dimaklumkan bahawa akan memperoleh keuntungan berganda daripada modal yang dilaburkan dalam masa yang singkat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, mangsa kemudian memasukkan wang sebanyak RM36,188 melalui empat transaksi ke dalam akaun berbeza.
Jelasnya, setelah wang dimasukkan mangsa tidak dapat mengeluarkan wang pulangan daripada aplikasi tersebut.
"Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong selepas merasakan dirinya ditipu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
Mohd Wazir berkata, modus operandi yang digunakan suspek ialah memperdaya mangsa dengan cara menawarkan pelaburan tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian sejumlah wang.
Ujarnya, rakaman percakapan sudah diambil dan siasatan sedang dilakukan.
Artikel Penuh : Untung pelaburan tak dapat, duit simpanan RM36,188 lebur
Topic Berkaitan
#pelaburan
#peniaga
#laman sosial
#labur wang
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
#Mohd Wazir Mohd Yusof
#Seksyen 420
#Kanun Keseksaan
#IPD Bentong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan