awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPM di kedudukan ke-28 dalam 'UI-GreenMetric World University Ranking'

Bernama
Bernama
09/12/2020
21:39 MYT
UPM di kedudukan ke-28 dalam 'UI-GreenMetric World University Ranking'
UPM akan terus berusaha untuk menjadi sebuah kampus yang bukan sahaja memfokuskan pada pencapaian akademik semata-mata, tetapi berperanan sebagai sebuah institusi ilmu yang melahirkan insan yang cakna terhadap pemuliharaan alam sekitar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Universiti Putra Malaysia (UPM) menduduki tangga ke-28 bagi 'UI-GreenMetric World University Ranking 2020 Top 50 Sustainable Universities' untuk muncul universiti terbaik Malaysia dalam senarai itu, sekali gus mengekalkan kedudukannya bagi tempoh 11 tahun berturut-turut.
Dalam ranking yang dikeluarkan pada 7 Dis itu, UPM juga disenaraikan sebagai universiti tiga teratas di peringkat Asia.
Naib Canselor UPM Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman berkata kejayaan itu merupakan komitmen UPM terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar melalui pelbagai aktiviti pengajaran, penyelidikan, kokurikulum dan sistem pengurusan kualiti berteraskan pengurusan alam sekitar yang berkesan.
"UPM akan terus berusaha untuk menjadi sebuah kampus yang bukan sahaja memfokuskan pada pencapaian akademik semata-mata, tetapi berperanan sebagai sebuah institusi ilmu yang melahirkan insan yang cakna terhadap pemuliharaan alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
UI-GreenMetric World University Ranking melibatkan 922 universiti dari pelbagai negara dan dinilai melalui enam skop utama iaitu infrastruktur, tenaga dan perubahan cuaca, sisa buangan, air, pengangkutan dan pendidikan.
Dalam ranking itu, universiti-universiti dari Amerika Syarikat dan Eropah mendominasi ranking 20 teratas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kampus
#akademik
#alam sekitar
#UPM
#Mohd Roslan Sulaiman
#universiti tiga teratas
#Asia
#ranking
#UI-GreenMetric World University Ranking
#11 tahun berturut-turut
#universiti terbaik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan