Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menghasilkan sebanyak 1,255 liter cecair sanitasi tangan dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19.
Produk tersebut, yang dihasilkan dalam dua fasa oleh pensyarah dan pegawai Jabatan Kimia Fakulti Sains UPM, akan disumbangkan secara percuma kepada petugas barisan hadapan di beberapa institusi dan lokasi.
Ia termasuk Pusat Kesihatan Universiti, Hospital Pengajar UPM, perkhidmatan penting di kampus UPM, pelajar-pelajar UPM, warga B40 sekitar Serdang, Putrajaya, Cyberjaya, Kelang, Kuala Lumpur dan beberapa zon merah jangkitan COVID-19.
"Produk ini mematuhi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menggunakan isopropil alkohol sebanyak 75 peratus sebagai bahan aktif utama dan gliserol sebagai bahan emolien.
"Dua makmal pengajaran kimia telah digunakan sebagai tapak penghasilan dan pengisian cecair sanitasi tangan dengan mematuhi kaedah keselamatan yang ditetapkan," kata ketua projek Dr Nadiah Mad Nasir.
Beliau yang merupakan pensyarah kanan di Fakulti Sains UPM berkata, cecair tersebut diisi dalam 8,500 botol (80 milimiter setiap satu) dan yang selebihnya bagi tujuan isian semula.
Katanya, bagi fasa pertama, projek itu melibatkan kerjasama dengan Global Innovation through Science and Technology (GIST), Amerika Syarikat.
Manakala fasa kedua menerima dana beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Surau Al-Ansar Taman Suria Tropika dan Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM).
Sementara itu, Dekan Fakulti Sains Prof Dr Mohd Basyaruddin Abdul Rahman berkata, cecair sanitasi tangan sangat diperlukan di pelbagai sektor terutama untuk petugas barisan hadapan, tetapi bekalannya agak terhad di samping peningkatan kos ketara akibat permintaan yang tinggi.
"Sehubungan itu, Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Aini Ideris telah mendorong Fakulti Sains untuk menerajui kerjasama komuniti dengan NGO pada masa genting ini.
"Jabatan Kimia menyambut baik inisiatif Murali Prasad daripada GIST untuk program 'Function of Science' untuk menyertai projek komuniti cecair sanitasi tangan yang melibatkan beberapa makmal Jabatan Kimia di beberapa universiti awam Malaysia," katanya.
Astro Awani
Tue May 05 2020
![UPM hasil cecair sanitasi tangan, percuma untuk petugas barisan hadapan UPM hasil cecair sanitasi tangan, percuma untuk petugas barisan hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41588646386_UPM.jpg)
UPM menghasilkan cecair sanitasi tangan susulan bekalan bahan itu yang agak terhad ketika ini di samping peningkatan kos ketara akibat permintaan tinggi. - Gambar UPM
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Serah kepimpinan kepada generasi baharu cara terbaik satukan negara - Biden Serah kepimpinan kepada generasi baharu cara terbaik satukan negara - Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721877969_JoeBiden.jpg)
Serah kepimpinan kepada generasi baharu cara terbaik satukan negara - Biden
Biden sebelum ini menarik diri daripada pemilihan berikutan tekanan yang semakin meningkat dari kalangan Demokrat.
![Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6705/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6745 pada akhir urus niaga semalam.
![Mohamed Salah ikuti rombongan Liverpool ke Amerika Syarikat Mohamed Salah ikuti rombongan Liverpool ke Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721789640_MohamedSalah.jpg)
Mohamed Salah ikuti rombongan Liverpool ke Amerika Syarikat
Salah memilih untuk tidak beraksi bersama Mesir dalam Sukan Olimpik Paris 2024 demi persediaan menghadapi musim baru.
![Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721785411_JoeBidenAirForce.jpg)
Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif
Ujian antigen pantas BINAX adalah negatif, bagaimanapun, beliau akan terus dipantau untuk sebarang penyakit berulang.
![Harris peroleh cukup sokongan bagi pencalonan presiden parti Demokrat Harris peroleh cukup sokongan bagi pencalonan presiden parti Demokrat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709509266_KamalaHarris.jpg)
Harris peroleh cukup sokongan bagi pencalonan presiden parti Demokrat
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris memperoleh sokongan yang mencukupi bagi memenangi pencalonan presiden Demokrat.
![Trump terima nota Xi Jinping selepas insiden tembakan Trump terima nota Xi Jinping selepas insiden tembakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721520730_TBTrumpXi.jpg)
Trump terima nota Xi Jinping selepas insiden tembakan
Trump berkata, Xi mengirimkan nota yang indah beberapa hari lalu selepas mendengar mengenai kejadian tembakan itu.
![Biden 'pasti' dalam pertandingan presiden, di tengah seruan supaya tarik diri Biden 'pasti' dalam pertandingan presiden, di tengah seruan supaya tarik diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720568056_tbJoeBiden.jpg)
Biden 'pasti' dalam pertandingan presiden, di tengah seruan supaya tarik diri
Jen O'Malley Dillon berkata, Bien adalah orang terbaik untuk menghadapi Donald Trump dan membentangkan visinya.
![Gangguan IT Global: Operasi lapangan terbang di beberapa negara terjejas Gangguan IT Global: Operasi lapangan terbang di beberapa negara terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721379452_grocerystore.jpg)
Gangguan IT Global: Operasi lapangan terbang di beberapa negara terjejas
Perisian dibangunkan syarikat CrowdStrike mengalami gangguan siber terbesar sehingga menjejaskan operasi penerbangan di beberapa negara.
![Trump terima pencalonan Republikan, janji satukan Amerika Syarikat Trump terima pencalonan Republikan, janji satukan Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721362332_DonaldTrump.jpg)
Trump terima pencalonan Republikan, janji satukan Amerika Syarikat
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump secara rasmi menerima pencalonan Parti Republikan sebagai calon presiden.
![Aliran masuk asing, potensi AS turun kadar faedah pacu lonjakan ringgit - Ahli ekonomi Aliran masuk asing, potensi AS turun kadar faedah pacu lonjakan ringgit - Ahli ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670502976_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Aliran masuk asing, potensi AS turun kadar faedah pacu lonjakan ringgit - Ahli ekonomi
Pelabur asing juga kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu kedua berturut-turut dengan belian bersih berjumlah RM478.2 juta, minggu lepas.