awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPM kini nombor 123 Universiti Terbaik Dunia, lonjak 20 anak tangga

Dagang News
Dagang News
09/06/2022
01:17 MYT
UPM kini nombor 123 Universiti Terbaik Dunia, lonjak 20 anak tangga
Pencapaian ini menunjukkan reputasi serta pengiktirafan antarabangsa terhadap kemampuan dan kualiti akademik di UPM. - Gambar hiasan
SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan kecemerlangan dalam QS World University Rankings 2023 apabila berjaya membuat lonjakan sebanyak 20 anak tangga untuk berada pada kedudukan 123 terbaik dunia dan universiti kedua terbaik dalam negara.
Kedudukan cemerlang ini sekali gus merekodkan pencapaian terbaik UPM dalam sejarah penarafan antarabangsa.
Merujuk kepada pencapaian UPM dalam QS World University Rankings 2023, empat indikator penilaian menunjukkan peningkatan ranking iaitu Reputasi Akademik, Reputasi Majikan, Nisbah Staf Akademik dengan Pelajar dan Peratus Pelajar Antarabangsa dengan indikator pelajar antarabangsa dilihat sebagai kekuatan utama UPM apabila menduduki tempat ke-99 di dunia.
Ini menunjukkan reputasi serta pengiktirafan antarabangsa terhadap kemampuan dan kualiti akademik di UPM yang berjaya menarik minat pelajar antarabangsa untuk mengikuti program pengajian di UPM dan setanding dengan universiti terkemuka antarabangsa.
Prof Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman
Prof Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman
Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, walaupun UPM berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk kesan daripada pandemik COVID-19, dedikasi dan sokongan penuh yang diperoleh dari pelbagai peringkat staf yang digembleng bersandarkan kepada misi, visi, nilai dan budaya kecemerlangan membolehkan UPM terus merekodkan kejayaan demi kejayaan dalam segala aspek terutamanya penyelidikan dan reputasi antarabangsa.
"Pencapaian ini diharapkan dapat membantu meningkatkan lagi kebitaraan UPM yang pada akhirnya akan memberikan sumbangan yang bermakna kepada kemajuan negara dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.
Prof. Dr. Mohd Roslan berkata walaupun terus mencatat peningkatan, sebagai institusi ilmu yang sentiasa mengutamakan kualiti dan kecemerlangan, UPM percaya ada banyak lagi ruang penambahbaikan agar kecemerlangan ini dapat terus dipertingkatkan.
UPM
UPM
“Antara inisiatif yang akan diteruskan ialah memberi perhatian kepada kualiti penyelidikan dalam bidang tujahan utama khususnya bidang pertanian dan sekuriti makanan di samping meningkatkan reputasi universiti di peringkat lokal dan juga global,” katanya.
Bagi menjayakan agenda ini, UPM akan terus memperhebatkan usaha secara tersusun dan berstruktur melalui penanda aras dalam aspek amalan dan pencapaian UPM dengan universiti yang cemerlang di rantau ini dan juga dunia. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#UPM
#QS World University Rankings
#universiti terbaik
#Mohd Roslan Sulaiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan