awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Lebih 80 amaran banjir dikeluarkan di UK, hujan lebat dijangka berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPM kukuh kedudukan ke-34 universiti terbaik di Asia

Eka Roslee
Eka Roslee
25/10/2018
07:00 MYT
UPM kukuh kedudukan ke-34 universiti terbaik di Asia
Prof. Datuk Dr. Aini Ideris berkata, pencapaian terbaik UPM dalam ranking itu ialah kecemerlangan dalam pengantarabangsaan. - Astro AWANI
Universiti Putra Malaysia (UPM) naik dua anak tangga dari kedudukan 36 ke 34 bagi universiti terbaik di Asia dalam ‘QS Asia Universiti Ranking 2019’ berbanding tahun lepas.
Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Aini Ideris berkata pencapaian terbaik UPM dalam ranking itu ialah kecemerlangan dalam pengantarabangsaan.
“Kami mencapai markah yang tinggi untuk indikator pertukaran pelajar inbound dan outbound. Skor lain yang lebih tinggi ialah petunjuk pengantarabangsaan seperti jaringan penyelidikan Antarabangsa, Fakulti Antarabangsa dan Pelajar Antarabangsa," ujarnya.
Beliau berkata penambahbaikan ranking juga berikutan usaha dan sokongan berterusan pasukan staf pelbagai peringkat mengadaptasikan budaya kecemerlangan, kemampanan dan integriti di UPM.
Universiti terbaik Asia ini juga akan memfokuskan beberapa inisiatif, antaranya mengukuhkan kerjasama penyelidikan dengan industri, masyarakat dan rakan kongsi antarabangsa, meningkatkan bilangan rakan kongsi kebangsaan dan antarabangsa, meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan berimpak tinggi, meningkatkan kuantiti dan kualiti penerbitan penyelidikan dan sebagainya.
UPM juga mengekalkan kedudukannya sebagai universiti kedua terbaik negara selepas Universiti Malaya dalam ranking itu sejak tiga tahun berturut-turut.
Topic Berkaitan
#Datin Paduka Dato Dr Aini Ideris
#ke-34
#Malaysia
#pengantarabangsaan
#QS Asia Universiti Ranking 2019
#universiti terbaik Asia
#UPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan