awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPSR bocor: Empat direman untuk bantu siasatan

Bernama
Bernama
15/09/2014
05:32 MYT
UPSR bocor: Empat direman untuk bantu siasatan
Polis memperoleh perintah mahkamah untuk menahan reman empat lelaki termasuk guru besar dan dua guru bagi membantu siasatan kes.
Polis hari ini memperoleh perintah mahkamah untuk menahan reman empat lelaki termasuk seorang guru besar dan dua guru bagi membantu siasatan berhubung kebocoran soalan kertas peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah reman itu bermula hari ini hingga Khamis terhadap lelaki berkenaan berumur di antara 30 dan 50 tahun untuk siasatan mengikut Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Guru Besar dan guru-guru berkenaan bertugas di dua buah sekolah di Pulau Pinang, manakala seorang lagi ialah ejen insurans.
Seksyen 8 (1) OSA menetapkan jika seseorang yang ada dalam miliknya atau kawalannya sesuatu rahsia rasmi atau sesuatu perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia dan berhubungan dengan atau digunakan dengan apa-apa jua di sesuatu tempat, boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan maksimum tujuh tahun.
Keempat-empat mereka diwakili peguam Ester Tan Siew Choo.
Polis memohon tempoh reman tujuh hari tetapi majistret hanya memberikan empat hari.
Berikutan kebocoran soalan kertas Sains 018, 028 dan 038 dan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2, hampir setengah juta calon UPSR perlu menduduki semula kedua-dua kertas itu pada 30 Sept.
Keadaan itu telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan murid terbabit dan ibu bapa mereka.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan mengumumkan pada Jumaat bahawa Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sementara menunggu siasatan kes.
Topic Berkaitan
#bocor
#OSA
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan