NATIONAL

UPSR: Jangan abaikan pembangunan sahsiah - Tan Sri Alimuddin

Syafique Shuib 10/09/2013 | 00:12 MYT
Penekanan besar yang diberikan kepada peperiksaan membuatkan ramai pelajar meninggalkan aspek pembangunan sahsiah diri dan aktiviti-aktiviti lain.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Datuk Haji Alimuddin Haji Mohd Dom berkata pelajar perlu juga aktif dalam aktiviti kokurikulum, permainan, persatuan dan kelab-kelab.

“Ia perlu seimbang. Peperiksaan penting tetapi aktiviti kokurikulum juga perlu diberi penekanan. Atas alasan untuk peperiksaan, aspek-aspek lain ditinggalkan dan akhirnya, pelajar yang meninggalkan bangku sekolah tidak dapat menjadi seorang yang berkebolehan, berani, dan sanggup menghadapi cabaran kerana didikan di peringkat awal tidak diberi penekanan,” kata beliau ketika siaran langsung Buletin Awani 7:45 pada Isnin.

Terdahulu, Astro AWANI ada juga meminta pandangan warga media sosial tentang adakah keputusan peperiksaan penentuan masa depan seorang pelajar. Berikut adalah antara pandangan yang diterima:

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Apakah keputusan peperiksaan penentuan masa depan seorang pelajar? Kongsi pendapat anda bersama kami di Twitter @501Awani.
#kokurikulum #pembangunan sasiah #UPSR