awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPSR: Tarikh baru kertas Bahasa Inggeris pada 30 September

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2014
11:38 MYT
UPSR: Tarikh baru kertas Bahasa Inggeris pada 30 September
Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris sama dengan kertas peperiksaan Sains pada 30 September. - Foto Fail
Tarikh baru kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah pada 30 September.
Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan berkata kertas peperiksaan Bahasa Inggeris yang dijadualkan pada Khamis dibatalkan.
“Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September telah didapati bocor.
“Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siastan dan mendapati perkara ini adalah benar,” kata lembaga itu dalam satu kenyataan.
Tarikh baru kertas peperiksaan Bahsa Inggeris itu bersekali dengan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 yang sebelum ini ditangguhkan kerana telah didapati bocor.
Awal pagi tadi, Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh turut mengesahkan tentang penangguhan ini.
“Saya sekali lagi merakamkan rasa dukacita tentang apa yang berlaku dan memohon maaf kepada ibu bapa yang terpaksa menanggung kesusahan," kata Idris.
Pada Rabu, Pengarah Peperiksaan Dr Na'imah Ishak berkata siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan sains telah tersebar menerusi media sosial.
"Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 ditangguhkan.
"Tarikh baharu bagi peperiksaan Sains 018, 028, 038 adalah pada 30 September 2014," kata Dr Na'imah.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pelajaran
#Lembaga Peperiksaan
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan