NATIONAL

Urus kewangan: Tak balik kampung bukan penyelesaiannya, kata netizen

Madiha Abdullah 04/07/2015 | 05:43 MYT
Tidak pulang ke kampung di musim perayaan dilihat sebagai cadangan tidak munasabah.
KECOH jadinya di laman sosial apabila seorang pakar motivasi memberi saranan agar warga kota jangan pulang berhari raya di kampung halaman pada Hari Raya ini.

Saranan itu dibuat oleh Syed Abdul Aziz Al-Qubra, ketika ditemu ramah sebuah rancangan di sebuah stesen televisyen tentang apa yang boleh dilakukan rakyat untuk berjimat dalam keadaan ekonomi tidak menentu hari ini.

Syed Abdul Aziz berkata, salah satu cara untuk mengelakkan perbelanjaan yang melebihi bajet di musim perayaan adalah dengan tidak pulang ke kampung.

Beliau turut menyarankan agar rakyat Malaysia tidak terikut dengan trend masyarakat di mana kebanyakannya gemar membeli-belah dan bercuti di musim perayaan.

Kredit video: Zon Ilmu Kita
Di laman sosial, netizen ternyata naik angin dengan kenyataan tersebut.

Kebanyakan mereka menghambur rasa tidak puas hati dan menyifatkan cadangan itu sebagai tidak masuk akal.

Mereka menganggap, musim perayaan adalah masa untuk bersama keluarga dan cadangan agar tidak pulang ke kampung semata-mata untuk berjimat adalah tidak munasabah.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebaliknya, netizen berpendapat adalah lebih baik jika pihak berwajib memikirkan cara bagaimana mahu membantu mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.

Ia dilihat lebih sesuai kerana masalah kewangan lebih efektif jika ditangani menggunakan langkah jangka panjang.


kampung 1



kampung 2



kampung 3


Kalangan netizen berpendapat cadangan yang dibuat tanpa memikirkan emosi dan perasaan rakyat hanya akan menyemarakkan lagi kemarahan.

Ada juga yang menyifatkan sebagai seorang yang berilmu, Syed Abdul Aziz sepatutnya lebih mengetahui kelebihan dan keperluan balik kampung di musim perayaan.

#balik kampung #berjimat #ekonomi #hari raya #pakar motivasi #Syed Abdul Aziz Al-Qubra