awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Urus tadbir sumber awam, integriti pemimpin jadi cabaran besar kestabilan dunia

Astro Awani
Astro Awani
20/08/2016
10:07 MYT
Urus tadbir sumber awam, integriti pemimpin jadi cabaran besar kestabilan dunia
Tunku Puteri Intan Safinaz menyeru pemimpin dan masyarakat dunia menguruskan perbezaan pendapat melalui pentas dialog. - Foto www.ysb.org.my
Proses menguruskan sumber awam oleh kerajaan perlu lebih telus dan terbuka.
Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkata, langkah itu dilihat mampu menangani penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran awam.
Pendapat tersebut adalah salah satu daripada saranan beliau bagi mengatasi lima cabaran besar yang sedang dihadapi masyarakat dunia ketika ini.
"Cabaran besar yang kedua ialah mengekalkan urus tadbir yang baik dan integriti kepimpinan.
"Amatlah tidak bernasib baik apabila melihat di kebanyakan tempat yang menyaksikan korupsi menjejaskan fabrik sosial dan institusi sesebuah negara," katanya semasa menyampaikan Titah Diraja pada Persidangan Pengajian Antarabangsa (ICIS) 2016 oleh Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.
Tunku Puteri Intan Safinaz yang juga Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) antara lain menggariskan cabaran semasa Islamophobia, keganasan dan kekerasan politik urus tadbir baik dan integriti kepimpinan, krisis pelarian, keselamatan dan kemuliaan manusia serta identiti serantau.
Selain itu, beliau menyeru pemimpin dan masyarakat dunia menguruskan perbezaan pendapat melalui pentas dialog untuk merapatkan jurang dan mencari titik persamaan.
ICIS merupakan acara dwitahunan yang menyaksikan 150 peserta mengupas 70 kertas kerja daripada 138 sarjana dalam dan luar negara.
Peserta antarabangsa kali ini menyaksikan penyertaan pemikir dari Australia, Jepun, India, Indonesia, Zimbabwe, Iraq, Libya dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Turut hadir, Pro Canselor UUM, Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#sumber awam
#Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim
#urus tadbir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan