awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Urus tadbir tanah Malaysia jadi contoh negara luar - Ali Hamsa

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
15/11/2017
05:07 MYT
Urus tadbir tanah Malaysia jadi contoh negara luar - Ali Hamsa
Ali Hamsa berkata Malaysia masih perlu menambah baik rangka kerja dalam urus tadbir dan sistem tanah yang menyebabkan berlaku kelewatan dalam proses berkaitan tanah. -Foto fail
Kejayaan Malaysia dalam mentransformasi polisi, urus tadbir dan sistem pengurusan tanah telah menjadi contoh kepada beberapa negara membangun yang lain.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata pengiktirafan yang diberikan Bank Dunia itu meletakkan Malaysia pada kedudukan 42 berbanding 190 negara yang lain.
Katanya, Malaysia yang sebelum ini berada pada kedudukan ke-89 telah melakukan beberapa transformasi penting seperti pendaftaran tanah dan penyelesaian perniagaan dalam talian.
"Malaysia akan menjadi contoh terbaik kepada beberapa negara membangun di mana Bank Dunia telah menghasilkan laporan ini berasaskan kepada prestasi kita dalam penyelesaian perniagaan dalam talian (e-solving business) khususnya dalam pengurusan tanah walaupun kedudukan kita kini 42 berbanding 190 negara.
"Kita (Kerajaan) sedang menambah baik proses atau cara pentadbiran tanah dalam negara tetapi proses yang dilakukan Malaysia ini menjadi contoh kepada beberapa negara lain di dunia.
"Oleh sebab itu, ramai duta turut hadir untuk melihat sendiri prestasi Malaysia dalam pentadbiran tanah," katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Laporan Bank Dunia "Enhancing Public Sector Performance: Malaysia’s Experience with Transforming Land Administration", di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, Malaysia masih perlu menambah baik rangka kerja dalam urus tadbir dan sistem tanah yang menyebabkan berlaku kelewatan dalam proses berkaitan tanah.
Mengikut rekod, proses pendaftaran tanah di Semenanjung Malaysia kini mengambil masa 13 hari berbanding 144 hari sebelum pelaksanaan e-Tanah dan sebagainya.
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#e-Tanah
#Enhancing Public Sector Performance
#ketua setiausaha negara
#Malaysia s Experience with Transforming Land Administration
#pengurusan tanah
#polisi
#Semenanjung Malaysia
#Tan Sri Dr Ali Hamsa
#urus tadbir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan