IPOH: Usaha membangunkan tanah kediaman pengasas silat gayung Malaysia Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman Daeng Uda Mohd Hashim di tepi Jalan Ayer Kuning menghala ke jalan utama Changkat Jering, Taiping sebelum ini terhalang atas sebab teknikal pemilikan tanah.
Setiausaha Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia Siti Aluyah Hussin berkata nama-nama pemilik tanah yang dinamakan dalam senarai waris tidak dapat dikesan.
"Permasalahan dihadapi ini dilihat dapat diselesaikan dengan bantuan Kerajaan Negeri Perak," katanya dalam kenyataan malam isnin.
Beliau berkata pada 27 Jan 1971, Sultan Perak Almarhum Sultan Idris Shah ketika itu telah berkenan merasmikan pusat latihan tertinggi silat seni gayung di Lot 15750 mukim Tupai, daerah Larut dan Matang yang berkeluasan 1.1 ekar, iaitu rumah tersebut.
Menurutnya, setelah pemergian Meor Abdul Rahman, selain anak angkatnya iaitu Waris Amanah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Sazali Salleh berpindah daripada rumah di atas tanah berstatus tanah pertanian itu, rumah tersebut tidak berpenghuni serta terbiar.
Siti Aluyah berkata pihak berkuasa tempatan juga telah menghentikan bekalan eletrik, air dan kemudahan saliran perparitan ke rumah tersebut.
"Antara nama di atas geran ini termasuklah Siti Fadzilah Meor Abdul Rahman (kini ditukar kepada Siti Nurdiana Hussin) dan Sazali (47/864 bahagian). Pada setiap tahun Siti Fadzilah mengambil tanggungjawab membayar cukai tanah bahagiannya (3760/17280 bahagian)," katanya.
Siti Aluyah berkata Siti Fadzilah diangkat sebagai waris mutlak silat seni gayong setelah kematian ayahandanya pada 23 Jun 1991 dan merupakan waris tunggal yang masih hidup, selain atas kapasiti sebagai waris mutlak, Siti Fadzilah juga dilantik sebagai Yang Dipertua pertubuhan berkenaan.
Beliau berkata hasrat Siti Fadzilah dan keluarga, serta murid silat gayung ialah untuk membangunkan sebuah galeri atau mini muzium Datuk Meor Abdul Rahman di samping membangunkan sebuah pusat latihan silat di atas tanah tersebut.
Katanya, jasa Meor Abdul Rahman wajar diabadikan di tapak itu bagi manfaat anak-anak silat gayung di dalam dan di luar negara, serta masyarakat umum.
"Siti Fadzilah serta keluarga bersedia untuk menerima nasihat dan bantuan bagi menyelesaikan kemelut hak milik tanah bagi membolehkan usaha membangunkannya sepertimana dihasratkan," katanya.
Semalam, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Datuk Megat Zulkarnain Omardin atas kapasiti peribadi berkata beliau akan membantu supaya rumah tersebut dibina semula.
Pada 20 Dis lepas, Bernama melaporkan rumah itu yang berada di tepi Jalan Ayer Kuning menghala ke jalan utama Changkat Jering di sini sudah usang dan menunggu masa untuk menyembah bumi, selain dikelilingi semak samun dengan tingkap, pintu, dinding dan bumbungnya mereput.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2023
Sazali Salleh (empat, kanan) memberi taklimat kepada Presiden PESAKA Datuk Megat Zulkarnain Omardin (tiga, kanan) mengenai keadaan rumah usang milik pengasas silat gayung Malaysia. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Usaha bangunkan Rumah Warisan Mahaguru Gayung terhalang kerana isu pemilikan tanah
Pihak berkuasa tempatan juga telah menghentikan bekalan eletrik, air dan kemudahan saliran perparitan ke rumah tersebut.