KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata usaha bersepadu membabitkan semua pemegang taruh, kerajaan, pemain industri, ahli akademik dan orang awam diperlukan bagi menambah baik dan mempermudah kehidupan lestari.
Beliau berkata perindustrian di Malaysia perlu dilaksanakan secara mesra alam sekitar menerusi pendekatan penggunaan dan pengeluaran yang mampan.
"Menerusi sokongan anda, saya yakin kita dapat mencapai kemajuan bermakna secara bersama sebagai sebuah negara," katanya semasa berucap pada Majlis Anugerah Hibiscus Perdana Menteri 2019/2020 yang diadakan secara maya, di sini malam ini.
Mengenai cabaran bagi negara dalam mempertahankan kelestarian alam sekitar sejak penularan pandemik COVID-19, beliau berkata wujud sedikit kelegaan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan rakyat Malaysia menikmati persekitaran lebih sihat termasuk udara yang lebih bersih.
Namun katanya amalan norma baharu menyumbang kepada isu baharu alam sekitar dari segi pelupusan pelitup muka yang dibuat secara sewenang-wenangnya serta peningkatan ketara penggunaan bekas plastik bagi membungkus makanan dibawa balik.
"Inisiatif alam sekitar menjadi kurang penting disebabkan perkara-perkara itu. Justeru, cabaran bagi kita sekarang ialah memulihkan kembali kegiatan ekonomi tanpa mencetuskan semula kemerosotan persekitaran," katanya.
Muhyiddin berkata pada 2020 juga masalah pencemaran sungai semakin buruk, menyebabkan gangguan bekalan air yang kerap sehingga menjejaskan isi rumah dan sektor perniagaan khususnya di Lembah Klang, disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak membuang sisa industri ke dalam sungai.
Sehubungan itu katanya kerajaan sedang menyemak semula kompaun dan penalti yang diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, agar tindakan tegas dapat diambil terhadap pesalah.
Selain itu, Belanjawan 2021 juga menyediakan beberapa peruntukan di bawah strategi keempat iaitu Menjamin Kelestarian Sumber yang bertujuan memastikan semua keputusan berkaitan alam sekitar seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
"Antara peruntukan itu ialah RM20 juta di bawah Dana Amanah Malaysia-SDG dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertujuan menyelaraskan secara sistematik pembiayaan daripada institusi awam dan swasta bagi memastikan SDG tercapai pada 2030.
"Kerajaan juga menyokong kerjasama dwipartisan untuk menyetempatkan program SDG menerusi peruntukan berjumlah RM5 juta kepada All-Party Parliamentary Group Malaysia on SDGs," katanya.
Selain itu, pengecualian cukai pendapatan bagi geran sukuk hijau Pelaburan Lestari dan Bertanggungjawab (SRI) dilanjutkan hingga 2025 bagi menggalakkan terbitan produk dan bon SRI.
Kerajaan juga meneruskan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau 3.0 menerusi peruntukan dana berjumlah RM2 bilion untuk tempoh dua tahun hingga 2022.
"Ini akan memberikan peluang baik, khususnya kepada syarikat yang merancang untuk melabur dalam teknologi hijau," kata Muhyiddin.
Penyampaian Anugerah Hibiscus Perdana Menteri yang pertama kali diadakan secara maya itu bertujuan mengiktiraf pencapaian pemain industri yang membuktikan mereka mampu memulihara alam sekitar sekalipun berdepan cabaran akibat ketidaktentuan ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021

Perdana Menteri berkata perindustrian di Malaysia perlu dilaksanakan secara mesra alam sekitar menerusi pendekatan penggunaan dan pengeluaran yang mampan. - Gambar fail

Penyanyi rap Black Rob meninggal dunia
Penyanyi rap Black Rob meninggal dunia

Dua ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Dua lelaki memandu dalam keadaan mabuk ditahan polis Pulau Pinang dalam Op Mabuk yang dijalankan di Jalan Chain Ferry.

AWANI Ringkas: Sekolah di daerah PKP Kelantan ditutup | 73.9% majikan gagal sedia kediaman ikut peraturan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Perancis arah individu dari empat negara dikuarantin
Perancis akan mengenakan kuarantin selama 10 hari bagi individu yang tiba dari Argentina, Brazil, Chile dan Afrika Selatan. Ia berikutan penemuan varian baharu COVID-19 di negara-negara berkenaan.

Vaksin COVID-19 | Golongan pendidik diberi keutamaan
Pihak berkuasa kesihatan Rio De Janeiro memulakan program vaksinasi terhadap golongan pendidik buat pertama kalinya pada Sabtu. Program ini dimulakan selepas kerajaan dikritik susulan proses vaksinasi yang didakwa perlahan di negara itu.

Vaksin COVID-19 | Libya mula program imunisasi secara rasmi
Sementara itu, Libya negara seterusnya yang melaksanakan program imunisasi mereka, dimulakan di bandar Tripoli. Kerajaan menyasarkan untuk mengagihkan bekalan vaksin ke seluruh negara selepas ini.

Vaksin COVID-19 | 129.49 juta orang di AS sudah terima dos pertama
Seramai 129.49 juta individu sudah menerima sekurangnya satu dos vaksn COVID-19 di Amerika Syarikat. Manakala 82.47 juta pula sudah melengkapkan dua dos suntikan.

COVID-19 | Tujuh pelajar Maktab Mahmud positif
Tujuh orang pelajar Maktab Mahmud Baling, Kedah disahkan positif COVID-19, pada Sabtu. Mereka terdiri daripada enam pelajar tingkatan empat dan seorang pelajar tingkatan satu. Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, memaklumkan siasatan bagi mengenalpasti kluster jangkitan wabak berkenaan masih lagi berjalan.

73.9 peratus majikan gagal patuhi Akta 446 - Awang Hashim
Sebanyak 10,961 atau 73.9 peratus majikan dikesan gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dalam pemeriksaan yang dijSebanyak 10,961 atau 73.9 p

Lima anggota tentera maut dalam nahas helikopter di Peru
Kemalangan berlaku ketika helikopter yang membawa 12 anggota tentera itu sedang melakukan operasi pengintipan penyeludupan dadah.

Usaha bersepadu pihak berkepentingan diperlukan untuk kehidupan lestari - PM
Perdana Menteri berkata perindustrian di Malaysia perlu dilaksanakan secara mesra alam sekitar menerusi pendekatan penggunaan dan pengeluaran yang mampan.